Assalamualaikum :)
Pernah tak ibu-ibu alami situasi di mana baby asyik menangis tak henti & datang pulak mak kita bawakkan nestum or bubur nasi dgn alasan cucu dia lapar?
"Nah bagi anak makan bubur nie, die lapar tu"
"Bagi susu je mana cukup, dia pun manusia jugak"
"Eh korang dulu umur sehari mak dah bagi makan bubur, hidup je sampai sekarang"
Haaaa..confirm pernah kan? betul tak? betul tak? So macam mana kita nak handle situasi macam nie? Maklum la orang tua katanya lebih banyak pengalaman..lebih dulu makan garam. Kadang-kadang tension jugak dibuatnya. Mana taknya, kita tak diberi peluang untuk beri yang terbaik untuk anak sendiri..
Kalau saya dulu..memang beruntunglah sebab my adik tu staff nurse, so dia memang dah educate my mom siap-siap tentang bahaya beri makan pada baby kalau belum cukup umur 6 bulan. Yela..zaman dulu dengan sekarang berbeza, tambahan pulak tiap orang sistem ketahanan badan tak sama. Dibuatnya usus baby tersumbat & pecah macam mana? Boleh tampal dengan gam UHU? Oh no! Jangan sesekali pertaruhkan nyawa anak kita. Nak lahirkan anak bukan senang, rasa nak mati menanggung sakit.
So apa yang kita perlu buat? Slow talk lah dekat mak kita or print siap-siap tentang bahaya yang bakal menanti. Certain tu ego tak mau baca, tapi confirm malam-malam mak kita akan baca..hihiiii. In Shaa Allah mak kita akan faham. Nenek mana yang tak sayang cucu betul tak?
Kalau nak tau, WHO recommend supaya baby diberi makan pada usia 6 bulan (tahun 2001), same goes to Jabatan Kesihatan United Kingdom, dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia di mana mereka menggalakkan ibu menyusukan baby secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu lain, mahupun air masak) selama 6 bulan. Malangnya, masih ramai yang tak ikut polisi & recommendation atas beberapa sebab:
- Anggapan bahawa baby kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mencicip2. Kalau baby saya dulu, pantang nampak orang makan, mulut dia pun ikut menganga sekali.
- Anggapan bahawa bayi lapar. Maybe sebab asyik menangis je even baru lepas menyusu
- Anggapan bahawa perut bayi akan lebih kuat sekiranya diberi makan lebih awal. Kononnya nak latih usus baby supaya lebih aktif bekerja
- Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan. Bak kata mak kita, kalau perut lapar macam mana nak tidur nyenyak? hehehehehe
0 comments:
Post a Comment