Wednesday 29 October 2014

TIPS MEMILIH SOY PROTEIN

Assalamualaikum :)

Di kala bulan PROMO ESP BUY 6 FREE 1 nie actually ramai yang tertanya-tanya soalan macam ni.

"Bagus ke minum soya ni?"

"Bukan ke minum soya ni, tak bagus untuk kesihatan?"

"Susu soya yang dijual dalam kotak kat pasaran pelbagai jenama tu, selamat ke untuk di minum?"

Haa.. Memang sekarang ni berlambak-lambak jenis protein yang ada di pasaran kan?

So main issue kat sini adalah, macam mana kita nak tahu protein yang kita ambil tu betul-betul berkualiti? 

Ye lah, nak beli atau pilih apa-apa pun mesti ada kriterianya kan betul tak?

Contoh nak beli ikan dan sayur kat pasar, mesti kita pilih yang segar. Even nak pilih calon suami atau isteri pun ada kriteria nya jugak kan betul tak?

Kesimpulannya, semua perkara dalam hidup ini kena ada STANDARD and REQUIREMENT. 

Pilihan kita pada masa ini akan menentukan kehidupan kita pada masa akan datang.


7 KRITERIA PENTING DALAM PEMILIHAN SOY PROTEIN
  
1) KACANG SOYA ITU MESTI TUMBUH SECARA ORGANIK

Kajian menunjukkan penanaman secara kimia (bukan organik) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan. Jadi sangat penting pesticides, fungicides, herbicides tidak digunakan sepanjang pertumbuhan kacang soya ini.

2) KACANG SOYA ITU MESTILAH NON-GMO (Non-Genetically Modified Organism)

Produk soya (GMO) ialah produk yang telah diubahsuai genetiknya sehingga     serangga pun tak lalu nak makan.

Jadi production pun bertambah besar dan pengeluar dapat untung berlipat kali ganda. Sebab itu mereka boleh jual dengan harga yang sangat murah. Pengubahsuaian inilah yang boleh menyebabkan allergy, toxin dan potensi kanser.

Secara umumnya, Kacang soya GMO adalah lebih murah untuk dihasilkan. Lebih kurang macam Vitamin Sintetik vs Vitamin Natural lah. Kebanyakan syarikat akan cari cara untuk menjimatkan kos pengeluaran produk. Jadi salah satunya adalah menggunakan kacang soya GMO.

Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan di dalam sel tumbuhan. Jadi sebab itulah penting kita pilih soya yang NON-GMO ye?

3) SOY PROTEIN ITU MESTI MENGANDUNGI 9 ASID AMINO PERLU


Ni lagi satu ciri yang sangat penting. Badan kita memerlukan kesemua 9 asid amino ini untuk menghasilkan hormone, jus penghadaman, antibody, dan enzyme.

If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped. 
Haa..Nampak tak kepentingannya kat situ?

4) SOYFLAKES MESTI DIBERSIHKAN DENGAN AIR DAN BUKAN ALKOHOL


Semasa proses pembuatan soy isolate, ada kebanyakan company yang menggunakan alcohol untuk membersihkan soyflakes. Alkohol tu dah la sememangnya HARAM kan, ia juga akan memusnahkan kandungan isoflavone sehingga 88%!! Untuk pengetahuan anda ISOFLAVONES sangat diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru dan bermanfaat dalam penyeimbangan hormon.

5) BAHAN-BAHAN ANTI-THYROID / ANTI-GROWTH SUBSTANCE MESTI DISINGKIRKAN

Soya mentah mengandungi 'anti-growth', 'anti-tyrosine' substance. Kekurangan 'tyrosine' ni akan menyebabkan tekanan darah rendah, suhu badan rendah, dan 'restless leg syndrome'. Jadi pastikan kita memilih jenama yang menggunakan 'extracting process' yang menyingkirkan bahan-bahan tersebut. Dan pada masa yang sama ia masih mengekalkan keaslian soya dan mengekalkan paras asid amino serta isoflavones yang tinggi, yang sangat sensitive pada suhu panas.

6) PROSES PEMBUATAN SOY PROTEIN SEBAIKNYA TANPA PEMANASAN


Asid amino adalah sangat sensitive pada suhu panas. Ada kajian menunjukkan protein yang dimasak dengan suhu tinggi akan menghancurkan sehingga 50% acid amino perlu. Jadi jika kita sering makan diet yang kekurangan 'essential amino acids', ia akan memberi kesan kepada perkembangan otak dan hormon, atau perkembangan tisu badan juga akan terbantut.

7) SOY PROTEIN POWDER HENDAKLAH DITAMBAH UNSUR KALSIUM


Sebenarnya, kacang soya adalah bahan yang NEUTRAL (Neither acidic nor alkaline). Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan, semasa penghasilan soy powder, minyak kacang soya (soybean oil) perlu disingkirkan supaya soy powder itu tidak mudah berbau. Proses ini menyebabkan soy powder menjadi sedikit berasid.

Oleh itu, adalah penting untuk pengeluar soy powder menambah kalsium (unsur alkali) yang mencukupi untuk menjadikan ia neutral semula. Kebanyakan pengeluar TIDAK MENAMBAH kalcium yang cukup dalam produk mereka.



BAGAIMANA DENGAN ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN) SHAKLEE?



Semestinya ESP MEMENUHI KESEMUA REQUIREMENTS di atas. Sebab tulah saya tetap memilih ESP SHAKLEE dalam diet seharian. Saya yakin IT IS THE BEST FOR ME!!

Adalah penting untuk kita FAHAM kenapa kita memilih sesuatu produk itu. Bukan hanya semata-mata kerana ia produk yang glamour, atau hanya kerana Testimoni orang lain.

Harganya pun sangat mampu-milik. 1 tin boleh tahan sehingga 2 bulan untuk seorang makan. Suami isteri pun boleh makan sama-sama. Sesuai untuk LELAKI dan PEREMPUAN.

Semoga apa yang dikongsikan ini sedikit sebanyak memberi ilmu bagaimana memilih susu soya yang berkualiti untuk membantu anda dan ahli keluarga atau saudara mara dalam memilih Soy Protien yang berkualiti.

Sekiranya anda berminat untuk mencuba, anda boleh dapatkannya daripada saya. In sh
a Allah saya akan kongsikan cara makan  Energising Soy Protein (ESP) dengan betul.

Jangan beli dari orang sebarangan. Sebabnya.... Kalau dah beli nanti cara makan pula tak betul, takut nanti tak memberikan kesan yang maksimum.

Hubungi saya, NURUL ASWANA BT JASMI di 011-29118686 atau nurul_aswana@yahoo.com. In Sha Allah, saya akan bantu beri konsultansi secara percuma kepada anda :)

Till we meet again. Have a nice day ahead :)


Wassalam.

----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : NURUL ASWANA
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Sg Besar, Sekinchan, Tg. Karang, Kuala Selangor
Shaklee ID [ No : 915523 ]
Fon :011-29118686
Facebook : https://www.facebook.com/bidadari.nurul
Email : ladywandaz_3107@yahoo.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 915523 .
Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya
----------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday 14 October 2014

ALAM MISTIK : GANGGUAN MAKHLUK HALUS

Assalamualaikum reader Mummy Naura :)

Mintak maaf banyak2 sebab blog sunyi sket seminggu dua nie..bukan apa, kesihatan tak mengizinkan plus Naura asyik nak berkepit je 24/7..baru nak pegang lappy ade je satgi merengek2 tepi telinga..So, lappy nie on off je lahh. Ramai ke reader yang mencari2? Ecehhhh..perasan je..heheheh..

Actually now pun tak berapa sihat lagi, but gigih jugak nak menaip entry sebab ade demand from kawan2 yang nak tau sambungan kisah berkenaan status 'GANGGUAN' dekat my PERSONAL FB.

Nak bercerita tegak jgk bulu roma. But mana tau sedikit sebanyak perkongsian saya blh dijadikan panduan utk awak semua pulak di kemudian hari. Especially untuk parents yang ade anak kecik tu, kalau nak pegi jalan2 or shopping ke..or amek angin tepi pantai ke..make sure balik sebelum maghrib. Sebab benda2 halus nie time2 dia nak cari mangsa adalah bila menghampiri rembang senja. Normally baby @ kanak2 lah yang menjadi sasaran utama.

Before tu nak share tanda-tanda baby diganggu makhluk halus :
1. Tangisan disertai dengan air mata, suara tangisan pula agak berlainan daripada tangisan biasa.
2. Tangisan disertai dengan air mata berjuraian. Kadang2 berhenti menangis sekejap then menangis semula dengan kuat.
3. Mata yang pejam semasa menangis akan melahirkan ombak pada kelopak mata, seolah2 kedua2 biji matanya sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan & kiri
4. Menangis dengan suara yang mendayu-dayu & berpanjangan. Mata terpejam seolah2 dalam keadaan tak sedarkan diri
5. Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang2 berkerut, seolah2 ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu
6. Menangis & menjerit dalam keadaan ketakutan & menggigil seolah2 disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Biasanya setelah puas menangis, anak ini akan tidur sebentar, lalu menagis lagi dalam keadaan teresak2 disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.

Oke then, the story begin :)

Actually benda nie jadi dekat my only doter, Naura. About 3 @ 4 minggu lepas selalu sgt menangis & bila tanya "Ami (mommy) ade antu (hantu)". And kadang2 bila tgh main seronok2 tiba2 dtg peluk mommy sambil tunjuk dkt tah mn2 sudut yg takde ape objek pun sebenarnya. Apa yang saya perasaan, perubahan tu bermula lepas kami balik daripada satu lokasi. Saya namakan as XXX.

Hati mula dah rs tak sedap..tapi keep on percaya..takde ape pun..maybe imaginasi budak2. But every night before tido mlm saya bacakan Ayat Kursi & tiup dekat ubun2 Naura. Alhamdulillah, lena dia tido sampai ke pagi. Kadang ade jugak mengigau, ketawa2..sengih2..Saya pun takde fikir sangat or bercerita dengan my mom. Biasa lah budak2 kalau terlajak main kadang2 terbawak2 dalam mimpi.

But nak dijadikan cerita, start minggu lepas..sehari sebelum birthday, Naura dah mula demam panas, normally klu dia demam bila lap ng air asam jawa lepas tu oke..but kali nie tak..mkin lama mkin panas..then saya bagi dia secubit NUTRIFERON yang bertindak as immune booster, biasanya kalau bagi NUTRIFERON..dua tiga jam lepas tu demam dah mula turun, tapi tak turun2 jugak. Sepanjang malam tu saya tidur2 ayam je untuk keep on lap badan dia dengan tuala basah & air asam jawa.

Alhamdulillah, bangun keesokan pagi tu dah sihat sikit, plus boleh jalan2 pegi Tesco beli barang dapur untuk persediaan Hari Raya Haji, tapi badan still dedar & selsema. Yang best tu even dalam keadaan tak sihat boleh jugak celebrate birthday Naura yang ke-2 on 5hb Oktober. Even dia tak bagi commitment nak menjayakan majlis time tu tapi ianya tetap berjalan dengan happening! 


See? Muka pucat je tapi masih larat lagi nak berlari2 dengan kawan2 dia. And..birthday girl sempat jugak berposing kenangan :)


Bila siang sihat & aktif..but once dah lepas Asar bawak ke malam, suhu badan cepat je naik, even saya dah guna ubat jolok punggung tu untuk turunkan suhu, macam nothing happen je..suhu makin naik jugak. Then nafas tercungap2 macam semput, saya and suami bawak ke klinik untuk sedut gas & doctor bagi ubat demam. Ikut kata doc, 'anak awak demam biasa'.

Ingatkan after dah sedut gas bagi cairkan kahak & makan ubat, her condition is getting better lah..but not. Makin teruk pulak especially bila malam. Nangis macam dah nak putus nafas..then senyap..lepas tu nangis lagi teresak-esak. Kami berdua pun naik konfius tak tau nak buat apa. But tak lama lepas tu Naura request nak tido dalam buai. Disebabkan saya dah tak larat, suami dukunglah Naura bawak ke luar bilik & dodoikan dia. Sebenarnya memang sepanjang dia demam, dia suka sangat 'lepak' dalam buai. Sikit2 nak pegi dekat buai..bukan nak tido pun, lebih pada nak 'termenung'.

Ikut apa yang suami cerita pada saya, sepanjang dalam buai tu Naura tak tido pun. Masa tu around pukul 3 pagi. Mata dia keep on pandang syiling macam orang khayal..then tersengih2. Bila ditegur dia mendengus marah. Start dari situ lah kami dah syak ade something yang tak kena dengan Naura. Ditambah pulak badan sampai ke kepala panas berbahang..tapi part kaki sejuk macam ais. Ikut kata orang tua2..tu tandanya ada gangguan makhluk halus. Wallahualam

The day after kami decide bawak pegi berurut & berubat cara kampung. Adalah ayat Al-Quran yang dibacakan & diberi minum air 'penawar'. Ada satu part kat kaki dia yang macam bengkak berbonggol. Maybe lah dijadikan tempat 'benda' tu menumpang. Tapi Alhamdulillah, day to day keadaan Naura makin pulih..so far takde dah meracau2 ke apa. Just now tinggal selesema & batuk je tak hilang lagi.

Hmmm, pengajarannya dekat sini..once dah ade anak tu, tak payah la nak berjalan sakan balik malam-malam or kalau si ayah pegi memancing ke or keluar lepak minum dengan kawan2 ke..make sure kalau balik jangan terus pegang anak, pegi lah pusing2 depan rumah dulu..lepak tengok tv ke..sebab kita tak tau kadang2 benda halus nie mengekor je kita balik..maklumlah 'dia' pun teringin naik kete ade air-cond..sejuk je dia dok kt belakang tu..wuuuuuu! gurau je..hihiksss

Lagi satu, kalau anak demam berpanjangan tu, maybe doctor pun tak boleh buat apa, so berbalik lah pada cara Islam, mana tau kan ade 'something' yang berdamping dengan anak kita. Biasa lah baby, masih suci, jiwa kosong lagi..senang je 'benda2' nie nak mendekat.

Rasa macam panjang sangat dah cerita..hehehehe..so tu je lah..semoga sedikit sebanyak dapat jadi panduan untuk ibu2 dekat luar sana :)

Opss last but not least nak share rawatan bagi atasi gangguan makhluk halus :

1. Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, An-Nas & Al-Falaq, hembus pada ubun-ubun anak sebanyak 3 kali ; atau

2. Bacakan azan di telinga kanan & iqamah di telinga kiri (sekali atau tiga kali( ; atau

3. Baca Ayat Kursi, Al-Fatihah, Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Nas

Happy sharing lovelies, Till then & Assalamualaikum :)






----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : NURUL ASWANA
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Sg Besar, Sekinchan, Tg. Karang, Kuala Selangor
Shaklee ID [ No : 915523 ]
Fon :011-29118686
Facebook : https://www.facebook.com/bidadari.nurul
Email : ladywandaz_3107@yahoo.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 915523 .
Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya
----------------------------------------------------------------------------------------

Friday 3 October 2014

MANFAAT ESP BY SHAKLEE : TENAGA & KEHAMILAN

Assalamualaikum....

In early pregnancy 2 tahun lepas, I had been searching for product yang boleh atasi atasi masalah morning sickness, beri tenaga & at the same time boleh jaga kecantikan kulit. Yeah, pada masa tu memang kepala a bit dizzy, badan rasa lemah plus jerawat naik bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan. Sepanjang hari kat office badan rasa lemau je plus bila balik kerja pulak..badan terus telepek penat. Time tu kulit muka pun tak terjaga dah of course sebab macam takde masa nak jaga..heheheh..melawan rasa mengantuk punya pasal. Just imagine pukul 8 malam kadang2 dah masuk tido then tengah malam bangun untuk dinner & solat.

Time tu preggy around 6 weeks macam tu..apa yang buat saya rasa kena cari product for energy is bila tengah-tengah buat kerja kat office then tiba-tiba boleh tertido! Eh rasanya macam tak boleh jadi nie..mesti jugak kena ambil supplemen for energy..supaya badan rasa fresh & fokus dekat office.

Then google punya google takde pun terjumpa product best until one day terjumpa sharing kat facebook tentang satu product berasaskan protein iaitu ESP : Energizing Soy Protein. ESP nie lah produk Shaklee yang pertama saya consume & I'm really love it!



Wanita mengandung? Yes for sure sangat perlu sebab nak make sure si kecik dalam tummy tu membesar bagaikan juara!

Yang sentiasa keletihan? Yes I need more energy sebab time tu even pukul 8 pagi pun badan dah flat & mengantuk

Yang ingin kulit cantik? Yes, I really need sebab time tu memang kulit berjerawat & kusam! Sobs :(

Pekerja? Saya perlukan ESP untuk fokus dengan tugasan pejabat..kalau letih..mengantuk..pening macam mana nak fokus kan?

Ibu menyusui anak? Saya berniat untuk fully breastfeed anak sehingga berumur 2 tahun & ESP merupakan persediaan saya untuk tempoh penyusuan. Guess what? Usia kandungan saya masuk 7 bulan ASI (Air Susu Ibu) dah start keluar. I'm so...eksaited! Thank you ESP

See? banyak kan manfaat ESP nie. Then bila konsisten minum every morning & night, saya dapat rasa perubahan besar dalam diri saya. Antaranya :

♥♥ Badan lebih BERTENAGA. Bangun pagi dah boleh cuci baju..kemas rumah..buat breakfast then baru pegi kerja

♥♥ Lebih FOKUS. Bila punch card je..terus buat kerja office, takde dah lemau, rasa mengantuk. Maksudnya lebih fokus buat kerja sampaikan bos pun perasan sebab bila dia bagi kerja cepat je siap..hihikss

♥♥ Kulit lebih CANTIK & PARUT JERAWAT PUDAR. Kesan nie yang palinggg saya suka sebab jerawat tak tumbuh dengan meriah & parut jerawat yang lama slowly pudar! Kulit makin berseri & licin. I loikee ♥ 

Plus, it's soy & menjimatkan! Just imagine satu tong tu boleh tahan up to 3 month. Kalau nak beli soya kotak tu hari2 macam banyak je nak kena saving plus soya tu bukan NON -GMO macam ESP. For sure lah saya akan pilih yang lebih SELAMAT, BERKESAN & SEMULAJADI :)


Pemberi tenaga segera – Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. Ia juga meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan gejala tekanan  yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan dan lain-lain.

Kekal awet muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon berasaskan tumbuhan semulajadi – Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon (yang sama dengan fungsi hormon wanita). Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan fungsi prostat lelaki - Genistein dalam kacang soya telah terbukti mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan otot, sekaligus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan  parut.

Memulihkan pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Nowadays saya perasan ESP Shaklee nie makin HOT yang mana mostly kaum wanita dah ramai amalkan as makanan tambahan untuk bantu masalah kesihatan & kecantikan. Bagi saya tak rugi melabur sedikit untuk pastikan kesihatan kita berada pada tahap optimum. Plus dapat pakej KULIT CANTIK pulak tu..sapa tak nak kan? *wink

So, for those yang berminat nak try & order, boleh contact saya. In Shaa Allah saya menjanjikan super best price, full consultation & also 24 hours free to be contacted for follow up purpose :)

The next entry, saya akan kongsikan dengan awak semua cara-cara untuk bermasker dengan ESP pulak keh? Jangan tak tau..ESP nie multi-function, minum boleh, buat masker boleh..lulur satu badan pun boleh! Especially untuk bakal pengantin baru yang berniat nak remove sel2 kulit mati, daki & nakkan kulit yang flawless menjelang hari bahagia :)

Stay tuned! Till then & Assalamualaikum :)

----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : NURUL ASWANA
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Sg Besar, Sekinchan, Tg. Karang, Kuala Selangor
Shaklee ID [ No : 915523 ]
Fon :011-29118686
Facebook : https://www.facebook.com/bidadari.nurul
Email : ladywandaz_3107@yahoo.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 915523 .
Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya
----------------------------------------------------------------------------------------