Monday 25 August 2014

KENAPA SUPLEMEN PENTING??

Assalamualaikum w.b.t

Sesetengah orang berpendapat, kenapa perlu ambil suplemen @ makanan tambahan? Zat & protein daripada makanan seharian yang kita ambil tak cukup ke? Kenapa perlu top-up dengan nutrisi dari luar?



Sebenarnya pengambilan suplemen atau makanan tambahan nie bergantung pada gaya hidup individu itu sendiri. Jom kita lihat serba sedikit perkongsian dari saya tentang impak suplemen nie pada sesetengah golongan :

1. Golongan yang sibuk - mereka memerlukan suplemen demi untuk menjamin kesihatan. Ini adalah kerana kadang kala dek kerana kekangan masa, mereka kurang melakukan senaman & aktiviti riadah. Ada certain pula always ambil makanan segera yang kita tahu kebanyakannya adalah mengandungi pengawet & perisa yang tidak elok untuk kesihatan. Oleh sebab itu, untuk menjamin kesihatan pil-pil vitamin nie menjadi pelengkap kepada amalan pemakanan yang tidak seimbang.

2. Pesakit yang dalam usaha untuk memulihkan penyakit mereka - selain pengambilan ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital, suplemen adalah perlu demi memastikan kesihatan mereka berada di tahap optimum. Perlu diingat, ubat akan beri kesan untuk merawat penyakit & beri kesan cepat dan kadang kala serta merta, akan tetapi suplemen berfungsi untuk menjamin kesihatan berpanjangan & dapat memberi keselesaan pada tubuh badan. Sebagai contoh, pesakit barah memerlukan suplemen berkhasiat & mempunyai anti-oksidan tinggi agar penyakit lebih cepat sembuh. Anti-oksidan tinggi seperti VIVIX SHAKLEE dipercayai mampu membunuh sel-sel kanser. Kelebihannya, ianya diadun menggunakannya 100% bahan semulajadi tanpa bahan kimia & bahan sintetik

3. Golongan yang mementingkan tumbesaran normal & meningkatkan daya pencegahan penyakit - khusus buat individu yang mempunyai antibodi lemah yang mana kerap dijangkiti demam, selesema, sakit kepala dan sebagainya. Pencegahan perlu dilakukan dari peringkat awal untuk mengelakkan ianya merebak & bertambah teruk dan mengundang masalah kesihatan yang lain pula. Misalnya, bagi individu yang sering kali mengalami sakit belakang, sakit pinggang, kebas tangan serta kaki disarankan mengambil pil kalsium atau OSTEMATRIX untuk mengelakkan Osteoporosis yang disebabkan oleh tulang lemah, rapuh dan senang patah. Dengan bahasa mudah, pengambilan suplemen dapat meningkatkan daya tahan badan menentang penyakit.

Amalan pemakanan dan gaya hidup kita merupakan punca utama munculnya wabak penyakit lebih-lebih lagi dengan kemunculan restoran makanan segera ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Tambahan pula terdapat pelbagai jenis barangan keperluan domestik dan makanan yang mengandungi bahan kimia berbahaya, seperti arsenik (dalam cat), alkohol, eter, gikoi (dalam kosmetik), kafein, gula tiruan, monosodium glutamat dan bahan-bahan kimia lain seumpamanya. Bahan-bahan ini boleh mengancam kesihatan sekiranya tidak digunakan secara berhati-hati.

Jadi, secara kesimpulannya, pengambilan suplemen merupakan pilihan tetapi menjadi satu keperluan kepada golongan yang mementingkan kesihatan jangka masa panjang. Ibarat MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI :)

Tepuk dada, tanya hati kita, cukupkah nutrisi & zat mineral yang kita bekalkan pada tubuh badan kita? Badan kita nak pakai lama..jadi berikan yang terbaik untuk tubuh badan sendiri oke?

Sekiranya awak semua ada sebarang kemusykilan @ pertanyaan berkenaan pilihan suplemen yang sesuai dengan masalah masing-masing, do pm/sms/whatsapp me ya lovelies :)



NURUL ASWANA
SMS/WHATSAPP : 011-29118686
FB : RAZWANA RAZIF
mummynaura.blogspot.com
Sekinchan, Sungai Besar, Kuala Selangor & kawasan berhampiran

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Sunday 24 August 2014

KEBURUKAN BERI MAKANAN PADA BAYI BAWAH 6 BULAN

Assalamualaikum :)



Pernah tak ibu-ibu alami situasi di mana baby asyik menangis tak henti & datang pulak mak kita bawakkan nestum or bubur nasi dgn alasan cucu dia lapar? 

"Nah bagi anak makan bubur nie, die lapar tu"
"Bagi susu je mana cukup, dia pun manusia jugak"
"Eh korang dulu umur sehari mak dah bagi makan bubur, hidup je sampai sekarang"

Haaaa..confirm pernah kan? betul tak? betul tak? So macam mana kita nak handle situasi macam nie? Maklum la orang tua katanya lebih banyak pengalaman..lebih dulu makan garam. Kadang-kadang tension jugak dibuatnya. Mana taknya, kita tak diberi peluang untuk beri yang terbaik untuk anak sendiri..

Kalau saya dulu..memang beruntunglah sebab my adik tu staff nurse, so dia memang dah educate my mom siap-siap tentang bahaya beri makan pada baby kalau belum cukup umur 6 bulan. Yela..zaman dulu dengan sekarang berbeza, tambahan pulak tiap orang sistem ketahanan badan  tak sama. Dibuatnya usus baby tersumbat & pecah macam mana? Boleh tampal dengan gam UHU? Oh no! Jangan sesekali pertaruhkan nyawa anak kita. Nak lahirkan anak bukan senang, rasa nak mati menanggung sakit.

So apa yang kita perlu buat? Slow talk lah dekat mak kita or print siap-siap tentang bahaya yang bakal menanti. Certain tu ego tak mau baca, tapi confirm malam-malam mak kita akan baca..hihiiii. In Shaa Allah mak kita akan faham. Nenek mana yang tak sayang cucu betul tak?


Kalau nak tau, WHO recommend supaya baby diberi makan pada usia 6 bulan (tahun 2001), same goes to Jabatan Kesihatan United Kingdom, dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia di mana mereka menggalakkan ibu menyusukan baby secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu lain, mahupun air masak) selama 6 bulan. Malangnya, masih ramai yang tak ikut polisi & recommendation atas beberapa sebab:
  • Anggapan bahawa baby kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mencicip2. Kalau baby saya dulu, pantang nampak orang makan, mulut dia pun ikut menganga sekali.
  • Anggapan bahawa bayi lapar. Maybe sebab asyik menangis je even baru lepas menyusu
  • Anggapan bahawa perut bayi akan lebih kuat sekiranya diberi makan lebih awal. Kononnya nak latih usus baby supaya lebih aktif bekerja
  • Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan. Bak kata mak kita, kalau perut lapar macam mana nak tidur nyenyak? hehehehehe
Sayangnya anggapan di atas salah sama sekali.
1. Sistem Penghadaman Yang Belum Matang
Sistem penghadaman baby bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji serta karbohidrat. Tubuh baby masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses tersebut. Enzim amilase dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.
Realitinya, tuubuh baby masih belum dapat memproses lemak dan buah pinggang pulak masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu. Perlu diingat, susu ibu juga kaya protein but sumber protein dari luar tak sama dengan protein yang terkandung dalam susu ibu. 
Maka tak kesian ke kita dengan usus & buah pinggangnya yang belum matang tapi dipaksa bekerja keras untuk menerima zat-zat makanan yang masih belum sesuai untuknya??? 
2. Masalah Kesihatan Jangka Masa Panjang
Pernah tak ibu-ibu terjumpa kawan-kawan yang nampak sihat, jaga makan, rajin senam, tiba-tiba jatuh sakit atau meninggal dunia sebab penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya? Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan nie adalah berpunca dari pemberian makanan terlalu awal. Tidakkah ibu semua menyayangi anak sendiri dan masa depannya?
3. Masalah Dalam Penyusuan
Logiknya, baby yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Kalau dibiarkan berterusan, ia akan mengganggu penyusuan susu ibu sebab baby dah tak nak menyusu lebih banyak.  Pernah juga saya lihat satu situasi di mana baby yang berumur 3 bulan menangis tak henti, kemudian datang si ibu memberikan EBM tetapi si anak menolak. Oleh sebab tak nak dibiarkan menangis terlalu lama maka si ibu bancuh nestum cerelac sebagai jalan pintas.  Amazingly baby terus senyap. Maybe sebab dah biasa. So kebaikan susu ibu yang lengkap dgn zat protein tu terbuang macam tu je. Rugilah kan? Susu ibu nie kaya dengan ANTIBODI. Perasan tak baby susu ibu nie jarang demam, sakit or selesema?
Sebagai seorang ibu, dah tentu kita nak beri yang terbaik untuk anak kita. Kadang-kadang memang tension sebab baby asyik menangis. But jangan pulak ingat kalau baby menangis tu sebab lapar je..maybe ade sebab lain jugak. Contohnya kembung perut, pampers basah, mengantuk, nak mintak dukung dan sebagainya.

Kesimpulannya, dalam usaha untuk membesarkan zuriat, jangan terlalu ghairah untuk tengok baby kita 'cepat besar' dengan memberinya sesuatu yang bersesuaian dengan umurnya. Ikutlah saranan doktor & jangan pandai-pandai sendiri ataupun ikut pengalaman. Jangan pertaruhkan nyawa anak kita oleh demi untuk jaga hati orang-orang di sekeliling sebab kita tak tau sistem ketahanan badan anak kita macam mana. Maybe anak orang lain boleh..tapi anak kita tak boleh..So please mommies out there, besarkan anak kita ikut acuan kita sendiri oke? 

Semoga sedikit sebanyak info yang saya kongsikan bermanfaat buat para ibu mahupun bakal menjadi seorang ibu:)

Happy Sharing lovelies :)


Friday 22 August 2014

TIPS KULIT CANTIK BERSERI TANPA MODAL BESAR

Assalamualaikum :)


Today saya nak share dengan awak tips untuk kulit cantik. Ada sesiapa yang kat sini yang mendambakan kulit cantik mulus, licin dan berseri tanpa sebarang cela? Of course lah semua nak kan? Wanita dengan kecantikan memang tak boleh nak dipisahkan.

Boleh dikatakan semua wanita pernah alami masalah kulit seperti berjerawat, tona kulit tak sekata, jeragat, kulit kusam dan bermacam-macam lagi yang mana kadang-kala ianya buatkan kita rasa tak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Masalah kulit buat kita malu & rendah diri dengan kawan-kawan.



Saya juga pernah lalui zaman kulit bermasalah. Biasa la jiwa yang nak meningkat remaja, ditambah pulak dengan hormon tak stabil, kesannya jerawat naik bagai dibaja. Bila jerawat banyak tu tangan nie pulak dok gatal nak picit jerawat, so pengakhirannya tinggallah kesan parut. Satu belum pudar betambah lagi dua tiga parut. Lama-lama kulit pun nampak kusam tak bermaya.

Arghhh tension sebab dah tak tau nak tutup parut macam mana. Macam-macam dah produk saya cuba untuk atasi masalah jerawat & pudarkan parut. Daripada skincare yang berjenama sampailah kepada cara alami rahsia tok moyang kita dulu-dulu. Masa tu memang rajin google info tips-tips untuk penjagaan kulit wajah.

Menurut satu sumber, masalah yang menghalang kita untuk mendapatkan kulit yang halus dan lembut adalah kerana pori-pori yang besar. Pori-pori kulit wajah yang besar nie biasanya terjadi disebabkan faktor genetik, proses penuaan ataupun sebab selalu terkena pancaran sinar matahari. 

Jadi saya nak share  TIPS KECILKAN LIANG PORI sebab liang pori yang terbuka akan memerangkap kotoran & menghasilkan minyak yang berlebihan. Bukan ke minyak yang berlebihan pada permukaan kulit mengundang kehadiran 'Miss J'? So macam mana nak kecilkan liang pori wajah menggunakan sumber bahan semulajadi tanpa modal besar? Jom tengok!


1. Lemon
Perah setengah biji lemon dan sapukan ke seluruh wajah awak sebelum tidur. Lemon nie merupakan penyegar paling alami yang akan membantu awak untuk mengecilkan pori-pori. Selain tu lemon juga berfungsi untuk mencerahkan kulit.



2. Tomato
Hancurkan tomato dan buatlah pasta yang lembut. Sapukan pasta tomato ini pada wajah dan biarkan selama 10-15 minit. Bilas wajah awak dengan air suam dan bilasan terakhir dengan air sejuk untuk mengecilkan pori-pori.



3. Madu
Madu ini tidak hanya anti bakteria tapi juga mampu membuatkan pori-pori mengecil dan juga menghilangkan minyak pada wajah. Madu nie biasanya digunakan sebagai masker wajah atau mungkin dicampur dengan beberapa titisan perahan jus lemon. Pijatkan pada wajah dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air sejuk.



4. Jus Timun
Buatlah campuran jus timun dan juga tepung jagung dan sapukan masker ini pada wajah awak. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air suam. Ini akan mengecilkan ukuran pori-pori wajah.



5. Ais

Cara paling cepat dan efektif untuk mengecilkan pori-pori wajah adalah dengan mengoleskan ais pada wajah. Ini kerana suhu dingin dari ais akan membantu untuk mengecilkan pori-pori wajah dan juga mengurangkan pengeluaran minyak di wajah.



Happy sharing lovelies..

Have a nice day ahead :)

NURUL ASWANA
SMS/WHATSAPP : 011-29118686
FB : RAZWANA RAZIF
mummynaura.blogspot.com
Sekinchan, Sungai Besar, Kuala Selangor & kawasan berhampiran

Tuesday 19 August 2014

KEISTIMEWAAN OSTEMATRIX by SHAKLEE

Assalamualaikum w.b.t :)

Again hari nie saya nak berkongsi dengan awak semua berkenaan one of my favourite supplement which is Ostematrix. Every night before tidur saya akan make sure 4 biji Ostematrix saya telan just untuk pastikan tidur malam saya lena & mudah bangun pagi on the next day. Seriously lepas amalkan Ostematrix nie saya dapat tidur yang berkualiti even 2 @ 3 kali berjaga untuk breastfeed Naura :) Bangun pagi pun rasa segar je..kalau tak dulu suka snooze snooze alarm sampai kadang-kadang terlajak pukul 7 pagi ")



Kalau nak tau, Ostematrix nie merupakan Kalsium dalam bentuk pil. So untuk awak yang tak suka minum susu, hanya perlu ambil 4 biji Ostematrix nie supaya tubuh awak dapat bekalkan Kalsium yang mencukupi untuk elakkan masalah kesihatan di kemudian hari terutamanya pereputan tulang sebelum usia.

Selain diperlukan oleh golongan dewasa yang aktif, awak semua perlu tau bahawa kalsium merupakan zat yang sangat penting bagi ibu-ibu hamil. Kekurangan pengambilan kalsium sewaktu hamil sebenarnya boleh sebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

Para ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran untuk ambil Kalsium sebagai ganti

Menurut Dr. Delilah Ahmad, Pakar Obstetrik Dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya menjelaskan bahawa ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

Itu  bermakna seseorang tu perlu mengamalkan pengambilan susu segar sebanyak satu liter everyday. Beliau yakin, ibu-ibu sekarang nie kurang amalkan pengambilan susu, sama ada tidak minat atau ada sesetengah yang bermasalah untuk bertoleransi dengan laktosa.


Walaubagaimanapun, nowadays terdapat banyak produk pil kalsium dekat pasaran. Kat situlah kita kena mainkan peranan untuk pilih which one is better & tak mendatangkan kesan mudarat kemudian hari :)

Apa Kelebihan Calcium Pills Shaklee compared to the other brand?

Ostematrix Shaklee adalah suplemen yang bekalkan Kalsium, Magnesium dan lengkap dengan Vitamin D untuk penyerapan yang lebih baik dalam tubuh badan. Ianya merupakan kalsium yang isinya paling seimbang demi memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi Kalsium, Magnesium, Fosforus, dan Vitamin D, Kuprum, Manganes & Boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. 

Ramai yang menganggap pil suplemen semuanya sama also ramai yang bercakap tentang sumber kalsium dan berpendapat semuanya adalah sama walhal in reality..ianya berbeza!

Kalsium terutamanya pil kalsium berbeza antara satu sama lain. Pil-pil kalsium terdiri daripada pelbagai jenis antaranya calcium carbonate, calcium lactate, calcium citrate, calcium gluconate dan sebagainya.

Akan tetapi pil kalsium sahaja tidak cukup kerana ianya memerlukan Vitamin D untuk penyerapan yang mana akhirnya akan menghasilkan tulang dan gigi yang kuat.

But..tu semua still tak cukup lagi sebab tulang yang kuat perlu 'melekat' antara satu sama lain, Oleh tu ia memerlukan mangan, boron, copper dan sebagainya sebagai simen

Itulah KEISTIMEWAAN OSTEMATRIX SHAKLEE!!


Manfaat Utama Ostematrix Shaklee
  • Menguatkan tulangKalsium menghalang osteoperosis, menguatkan kuku, gigi dan sistem saraf. Kalsium juga merawat tulang reput, menguatkan gusi dan merangsang darah untuk memekat.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan mengurangkan kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
  • Meringankan stressOstematrix mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, membantu tidur yang lebih selesa dan membantu memperbaiki depresi, mood yang tidak tetap, sakit kepala dan pitam.
  • Memperbaiki masalah haidKajian menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit sewaktu haid dan membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian tubuhKalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan PH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.
  • Merawat penyakit ricketMeningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka dan memperbaiki penyakit periodontal.
  • Mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenagaMagnesium dalam Ostematrix adalah ion positif nombor dua penting didalam tubuh badan kita.
  • Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan ototOstematrix Shaklee mengandungi zink, Boron, Manganes dan Kuprum yang membantu memelihara metabolism kerangka badan.
So kalau awak rasa pengambilan kalsium adalah kurang dalam diet seharian..you should try Ostematrix especially kalau awak alami simptom seperti di bawah :
  • Kekejangan atau kram otot
  • Sukar/susah nak tidur
  • Perasaan berdebar2
  • Eczema-penyakit kulit
  • Rapuh kuku
  • Sakit Sendi
  • Tekanan darah tinggi
  • Gigi reput
  • Paras Kolestrol tinggi
  • Kebas-kebas kaki dan tangan
  • Rheumatiod arthritis
  • Rickets
  • Sembelit
Awak just perlu klik picture 'ORDER NOW' untuk melakukan pembelian terus ke muka pintu or you can sms/whatsapp me untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA :) Once dah beli jangan lupa contact saya untuk dapatkan TIPS EKSKLUSIF beserta Tips Percuma :)

Till then & have a nice day ahead lovelies :)



NURUL ASWANA
SMS/WHATSAPP : 011-29118686
FB : RAZWANA RAZIF
mummynaura.blogspot.com
Sekinchan, Sungai Besar, Kuala Selangor & kawasan berhampiran

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Saturday 16 August 2014

PEPPERMINT GINGER PLUS : ELAKKAN PERUT SEBU & MASALAH PENCERNAAN

Assalamualaikum w.b.t

It's weekend people! For sure minggu nie ramai yang menerima jemputan rumah terbuka mahupun kenduri kendara kan? Maklum la raya belum habis, still ramai yang ambil kesempatan untuk berkumpul dengan kenalan & sanak saudara :)

As minggu nie my schedule free from any invitation yayyy! Besorak sakan pulak..hehehe..tak larat dah nak isi perut dengan macam-macam jenis makanan macam last week. Minggu nie bagi chance la perut berehat.

Kalau nak tau, minggu lepas saya & suami terima undangan open house my friend dekat Sepang. Makanan toksah cerita..banyak sampai full tahap tersandar. After makan rehat..then sambung makan lagi..boleh menangis sebab menyesal bila ingat balik. Oh yang menyesal tu my friend lah sebab dia melantak cempedak goreng tak ingat dunia. Mentang-mentang pokok belakang rumah je..makan tanpa rasa bersalah. Bila malam mengadu tak boleh tidur sebab perut sebu & angin tak keluar.

Dalam hati memang dah terdetik nak bg my friend try Peppermint-Ginger Plus utk buang angin & atasi masalah perut sebu. Rancak bercerita & lastly terlupa. Saya sendiri after balik from majlis tu..laju-laju telan Peppermint Ginger nie. Nak telan halia memang tak la, so gantikannya dengan pill is better :)

Peppermint Ginger Plus nie ada pelbagai kebaikan sama macam supplement Shaklee yang lain. Disebabkan harganya yang murah dengan pelbagai manfaat menyebabkan ianya menjadi pilihan ramai pengguna yang mempunyai masalah berikut :
  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan

As for your info, Peppermint Ginger nie  diperbuat daripada bahan semulajadi dan bukan bahan sintetik . Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti dapat membantu bagi atasi masalah-masalah yang saya nyatakan kat atas tu. Kelebihan Peppermint Ginger adalah melalui kandungan bahan herba terpilih iaitu 4 herba dari Barat dan Timur iaitu :


Pudina (Peppermint)
  • Melegakan otot perut, Ia mempunyai kesan penenang
  • Membantu dalam penghadaman.
  • Membantu mengurangkan mabuk laut/darat.
  • Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
  • Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi.
  • Pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu mengalami selsema
  • Rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus.


Halia
  • Halia meransang rembesan enzim salvia untuk pencernaan makanan.
  • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakid haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
  • Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan.


Pokok adas (fennal)
  • Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untukmenghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. 
  • Juga, Ia dapat membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus.


Cekur Manis (anise)
  • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. 
  • Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
  • Melegakan haba dimusim panas dan lembab
  • Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut

Bagi ibu-ibu hamil yang alami morning sickness especially pada trimester pertama, saya suggest untuk ambil Peppermint Ginger nie sebab loya & pening kepala tu disebabkan oleh angin. So kalau telan Peppermint Ginger dapat bantu kurangkan loya sebab angin tak berkumpul dalam badan. 

Tak boleh telan pil? Jangan risau sebab Peppermint Ginger nie boleh dihancurkan & dimasukkan dalam air minuman. Pernah juga saya cuba, minum bersama teh suam, memang sedap! Rasa teh halia & berangin sikit :)


So, kalau awak ada masalah angin tak kisahlah perut sebu ke, senak perut ke, sembelit ke, morning sickness ke, cubalah Peppermint Ginger Plus Shaklee. Mudah & Simple sebab tak payah susah-susah nak tumbuk halia, perah, tapis dan sebagainya. Just perlu ambil 3-5 biji masalah awak settle In Shaa Allah :) 

If nak tau dengan lebih lanjut..do sms/whatsapp  for fast respon or kalau teringin untuk mencuba..just klik je picture ORDER NOW tu oke? After dah beli jangan lupa contact saya untuk tips & free consultation. Kalau nak BEST PRICE..boleh buat pembelian terus daripada saya :)




NURUL ASWANA
SMS/WHATSAPP : 011-29118686
FB : RAZWANA RAZIF
mummynaura.blogspot.com
Sekinchan, Sungai Besar, Kuala Selangor & kawasan berhampiran

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::


Friday 15 August 2014

SHAKLEE : KENAPA NAK BOIKOT?

Assalamualaikum & Selamat Pagi semua. Selamat menjalankan tugasan dengan penuh keikhlasan & kesyukuran. Semoga ibadah kita hari nie di terima oleh Allah s.w.t. Jangan lupa pekerjaan yang kita lakukan pun ibadah..so buatlah dengan ikhlas semata-mata kerana Lillahi Taala :)

Minggu nie pastinya masih banyak lagi undangan ke rumah terbuka kan? Maklum la hari raya pun belum habis lagi..nak pulak makan sedap & ditaja..kalau saya pun tak tolak punya..hehehehe. Tapi dalam pada beraya tu jangan dilupa. Amalkan Phytocol-St, Omega, Lecithin & Coq-Health untuk atasi masalah kolestrol, sembelit & buang toksin ya :)

Alhamdulillah sekarang semakin ramai yang menginginkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan makanan tambahan daripada Shaklee. Ramai yang mengakui kesihatan makin baik & tak terlalu bergantung dengan ubat-ubatan yang dibekalkan hospital. 

Islam & Keperluan Menjaga Kesihatan

Menjaga kesihatan tubuh badan tu adalah amanah daripada Allah. Kalau kita mampu jaga amanah dalam beribadat kepada Allah, kenapa kita perlu abaikan dalam menjaga amanah yang satu nie? Kita ambil apa sahaja makanan yang boleh ditelan tanpa ambil kira adakah ia bermanfaat atau mudarat kepada jasad kita?



Islam juga menjadikan prinsip ‘mencegah sebelum merawat’ sebagai keutamaan dalam kehidupan umatnya sebagaimana ungkapan kata hikmah :

 الوقاية خير من العلاج

Mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Jangan sampai nikmat kesihatan tu hanya kita sedari bilamana ianya dah pergi meninggalkan kita sebagaimana ungkapan terkenal bahasa arab :

الصحة تاج فوق رؤوس الأصحاء لا يراه إلا المرضى

Kesihatan adalah satu mahkota yang berada di atas kepala orang yang sihat. Ia tidak nampak (nikmatnya) melainkan oleh orang- orang yang sakit.

Isu Shaklee dan Israel

Walaupun isu nie sebenarnya dah lama tapi sepertinya sengaja ditimbulkan kembali di media massa terutamanya di facebook. Sengaja di'viral'kan untuk mendapatkan perhatian umum walhal diri sendiri pun belum tahu pokok pangkal dan kesahihannya.

Dan ramai di kalangan sahabat saya sendiri yang bertanya "betul ke Shaklee nie penyumbang kepada Israel?"

Tak kurang juga yang mengutuk "bisnes biar secara halal, sebab jadi darah daging". Allahu..sedihnya dengan mentaliti macam nie. Menghukum biar dengan ilmu, jangan diikutkan dengan perasaan yang dendam & benci.

Bila isu nie dibangkitkan, bukan sahaja pengguna Shaklee, malahan yang tak pernah kenal Shaklee pun ibarat cacing kepanasan. Sampaikan ada yang bersyukur tak kenal & tak amalkan Shaklee, hanya amalkan makanan sunnah Nabi.

Yes memang benar Shaklee adalah syarikat nutrisi yang berpangkalan di US sejak 1958 lagi dan merupakan sekutu kuat Israel sepertimana Singapura sehingga di beri gelaran Tangan Israel Asia Tenggara.

Akan tetapi pihak Shaklee sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak pernah sama sekali memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi ke atas negara Islam.



Keneseath Israel (KI) tu Siapa? Apa Kaitan dengan Shaklee?

Keneseath Israel (KI) nie adalah website daripada sebuah komuniti Yahudi yang telah memaparkan logo Shaklee Global dalam list Suppoter.


Website KI merupakan milik peribadi 'negara' tersebut yang melakukan sumbangan persendirian untuk Israel. Seperti yang kita maklum, Pengedar Shaklee berada di seluruh pelusuk dunia & datang daripada pelbagai kaum..etnik..budaya dan agama.

Dalam erti kata mudah, Keneseath melakukan tanggungjawab sosial dan kebajikannya dengan mendermakan hasil keuntungannya kepada Israel.

Seperti juga kami, Pengedar Shaklee di Malaysia, kami mengeluarkan bonus yang diperolehi untuk membayar Zakat, Infaq & Sumbangan ke Tabung Palestin demi untuk mengurangkan penderitaan saudara Islam kita di sana sekaligus dengan harapan semoga rezeki yang Allah kurniaan kepada  kami dapat di kongsi bersama untuk pembangunan ummah.

Bagaimana Bonus Shaklee Diagihkan?

Setiap Pengedar Shaklee (SID) yang berdaftar akan menerima bonus jualan mengikut terma & syarat yang ditetapkan. Bermakna di sini, tiada untung atas angin yang diterima dengan melakukan penindasan terhadap orang bawahan. Banyak jualan peribadi, maka banyaklah bonus :)

Dalam kes nie, setelah pembayaran bonus dilakukan bermakna lepaslah tanggungan pihak Shaklee. Terpulanglah pada SID untuk membelanjakan bonus masing-masing. Shaklee tiada hak untuk tentukan ke manakah harus kami belanjakan wang tersebut. Yang pastinya sebagai SID yang beragama Islam, kami telah dibiasakan supaya menyalurkan semampunya bonus tersebut untuk Zakat, Sedekah, Infaq & Sumbangan ke Tabung Aman Palestin.
Itu bermakna, KHAS untuk kupasan bagi SHAKLEE (Sumber : Master Ira & Hafizan)
a) Produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia)  serta tempoh lesen masih hidup
   >>>>>Shaklee miliki sijil halal yang SAH, lesen pon yang SAH. ISA (Islamic Services of America) adalah pertubuhan yang memberikan halal kepada produk USA.

b) Cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,

 >>>Shaklee patuh kepada syariah. Info detail boleh ke link yang disediakan.

c) Tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,

>>>> tiada berkaitan dengan Shaklee atau produk lain daripada pihak kerajaan secara terus. 

d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.
>>> Shaklee MENAFIKAN ada kaitan dengan Israel 
>>> Shaklee  TIDAK MENYATAKAN sebarang kaitannya dengan Israel

Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.
Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.
Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-
أن اليقين لا يزال بالشك
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )
Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam.

Kesimpulan umum :
Harus jual beli, guna khidmat dan makan di McDonald, KFC, TESCO, JUSCO, MAXIS, INTEL dan lain-lain produk walauapun berasal dari Yahudi atau Non-Muslim selagi mana : -
a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia)  serta tempoh lesen masih hidup,
b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,
c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,
d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.
Walaubagaimanapun, mendapat pahala bagi sesiapa yang melakukan boikot terhadap mana-mana barangan atau syarikat didasari oleh keyakinannya terhadap hasil kajiannya sendiri yang mendapati penglibatan yang tidak sihat tadi itu ada pada syarikat atau mana-mana pengeluar barangan. Tatkala itu, boikot adalah wajib ke atas dirinya sahaja dan digalakkan bagi sesiapa yang yakin dengan info yang dikeluarkannya.

Jadi Apa yang Saya perlu Buat Sekarang?
Setiap orang mempunyai hak untuk bersuara dan menyatakan pendapat. Akan tetapi, biarlah segala maklumat yang disebarkan mempunyai bukti yang kukuh dan sahih agar tiada pihak yang teraniaya. Berkongsi maklumat dengan orang ramai haruslah berdasarkan ilmu, bukan dengan emosi yang membuta tuli menyebarkan fitnah. Berbincanglah ikut fakta dan elakkan bercakap kosong dan menokok tambah cerita.
Dalam usaha nak boikot semua perkara yang berkaitan dengan Israel/US, adakah kita sedar bahawa Malaysia turut melakukan urusniaga dengan Israel melalui Petronas? Adakah kita sedar bahawa kerajaan kita menggunakan khidmat Konsultant dari Israel? Adakah negara kita pun kita perlu boikot?
Tepuk dada tanya hati. Kalau nak boikot..boikot dengan sepenuh hati..bukan bermusim dan ikut-ikutan..fahami maksud boikot itu sendiri. Pastikan kalau dah tekad nak boikot, barang-barang keperluan harian, pakaian, makanan, ubatan yang kita gunakan tiada langsung kena mengena dengan Israel/US. Boleh ke?
Tujuan post nie bukan hanya mempertahankan status saya sebagai SID, siapa di pihak yang benar dan salah, ianya adalah semata-mata untuk menerangkan situasi sebenar & mengelakkan salah faham dan pertikaman lidah antara individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Sebagai seorang khalifah yang sempurna dari segi lahiriah, bukalah mata dan gunakan kelebihan akal yang Allah swt kurniakan untuk buat pertimbangan sendiri. Bukan sekadar dengar cakap orang dan menyebarkan fitnah yang tidak betul. Kalau betul takpe..kalau tak betul kan ke dah malu diri sendiri? :)
Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Wallahualam :)

Sekian, Terima Kasih.

Perkongsian Hasil Daripada Pembacaan & Penelitian Saya daripada Bukti yang Sahih,
Nurul Aswana
nurul_aswana@yahoo.com