Sunday 24 August 2014

KEBURUKAN BERI MAKANAN PADA BAYI BAWAH 6 BULAN

Assalamualaikum :)



Pernah tak ibu-ibu alami situasi di mana baby asyik menangis tak henti & datang pulak mak kita bawakkan nestum or bubur nasi dgn alasan cucu dia lapar? 

"Nah bagi anak makan bubur nie, die lapar tu"
"Bagi susu je mana cukup, dia pun manusia jugak"
"Eh korang dulu umur sehari mak dah bagi makan bubur, hidup je sampai sekarang"

Haaaa..confirm pernah kan? betul tak? betul tak? So macam mana kita nak handle situasi macam nie? Maklum la orang tua katanya lebih banyak pengalaman..lebih dulu makan garam. Kadang-kadang tension jugak dibuatnya. Mana taknya, kita tak diberi peluang untuk beri yang terbaik untuk anak sendiri..

Kalau saya dulu..memang beruntunglah sebab my adik tu staff nurse, so dia memang dah educate my mom siap-siap tentang bahaya beri makan pada baby kalau belum cukup umur 6 bulan. Yela..zaman dulu dengan sekarang berbeza, tambahan pulak tiap orang sistem ketahanan badan  tak sama. Dibuatnya usus baby tersumbat & pecah macam mana? Boleh tampal dengan gam UHU? Oh no! Jangan sesekali pertaruhkan nyawa anak kita. Nak lahirkan anak bukan senang, rasa nak mati menanggung sakit.

So apa yang kita perlu buat? Slow talk lah dekat mak kita or print siap-siap tentang bahaya yang bakal menanti. Certain tu ego tak mau baca, tapi confirm malam-malam mak kita akan baca..hihiiii. In Shaa Allah mak kita akan faham. Nenek mana yang tak sayang cucu betul tak?


Kalau nak tau, WHO recommend supaya baby diberi makan pada usia 6 bulan (tahun 2001), same goes to Jabatan Kesihatan United Kingdom, dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia di mana mereka menggalakkan ibu menyusukan baby secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu lain, mahupun air masak) selama 6 bulan. Malangnya, masih ramai yang tak ikut polisi & recommendation atas beberapa sebab:
  • Anggapan bahawa baby kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mencicip2. Kalau baby saya dulu, pantang nampak orang makan, mulut dia pun ikut menganga sekali.
  • Anggapan bahawa bayi lapar. Maybe sebab asyik menangis je even baru lepas menyusu
  • Anggapan bahawa perut bayi akan lebih kuat sekiranya diberi makan lebih awal. Kononnya nak latih usus baby supaya lebih aktif bekerja
  • Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan. Bak kata mak kita, kalau perut lapar macam mana nak tidur nyenyak? hehehehehe
Sayangnya anggapan di atas salah sama sekali.
1. Sistem Penghadaman Yang Belum Matang
Sistem penghadaman baby bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji serta karbohidrat. Tubuh baby masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses tersebut. Enzim amilase dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.
Realitinya, tuubuh baby masih belum dapat memproses lemak dan buah pinggang pulak masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu. Perlu diingat, susu ibu juga kaya protein but sumber protein dari luar tak sama dengan protein yang terkandung dalam susu ibu. 
Maka tak kesian ke kita dengan usus & buah pinggangnya yang belum matang tapi dipaksa bekerja keras untuk menerima zat-zat makanan yang masih belum sesuai untuknya??? 
2. Masalah Kesihatan Jangka Masa Panjang
Pernah tak ibu-ibu terjumpa kawan-kawan yang nampak sihat, jaga makan, rajin senam, tiba-tiba jatuh sakit atau meninggal dunia sebab penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya? Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan nie adalah berpunca dari pemberian makanan terlalu awal. Tidakkah ibu semua menyayangi anak sendiri dan masa depannya?
3. Masalah Dalam Penyusuan
Logiknya, baby yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Kalau dibiarkan berterusan, ia akan mengganggu penyusuan susu ibu sebab baby dah tak nak menyusu lebih banyak.  Pernah juga saya lihat satu situasi di mana baby yang berumur 3 bulan menangis tak henti, kemudian datang si ibu memberikan EBM tetapi si anak menolak. Oleh sebab tak nak dibiarkan menangis terlalu lama maka si ibu bancuh nestum cerelac sebagai jalan pintas.  Amazingly baby terus senyap. Maybe sebab dah biasa. So kebaikan susu ibu yang lengkap dgn zat protein tu terbuang macam tu je. Rugilah kan? Susu ibu nie kaya dengan ANTIBODI. Perasan tak baby susu ibu nie jarang demam, sakit or selesema?
Sebagai seorang ibu, dah tentu kita nak beri yang terbaik untuk anak kita. Kadang-kadang memang tension sebab baby asyik menangis. But jangan pulak ingat kalau baby menangis tu sebab lapar je..maybe ade sebab lain jugak. Contohnya kembung perut, pampers basah, mengantuk, nak mintak dukung dan sebagainya.

Kesimpulannya, dalam usaha untuk membesarkan zuriat, jangan terlalu ghairah untuk tengok baby kita 'cepat besar' dengan memberinya sesuatu yang bersesuaian dengan umurnya. Ikutlah saranan doktor & jangan pandai-pandai sendiri ataupun ikut pengalaman. Jangan pertaruhkan nyawa anak kita oleh demi untuk jaga hati orang-orang di sekeliling sebab kita tak tau sistem ketahanan badan anak kita macam mana. Maybe anak orang lain boleh..tapi anak kita tak boleh..So please mommies out there, besarkan anak kita ikut acuan kita sendiri oke? 

Semoga sedikit sebanyak info yang saya kongsikan bermanfaat buat para ibu mahupun bakal menjadi seorang ibu:)

Happy Sharing lovelies :)


//script for popup like box

0 comments:

Post a Comment