Saturday 19 September 2015

KEPENTINGAN TONER UNTUK KULIT CANTIK BERSERI

Assalamualaikum wbt...

Mostly ramai daripada kita yang abaikan penggunaan toner dalam penjagaan kulit harian kan? Normally lepas cuci muka terus nak pakai pelembap. Bukan cakap siapa-siapa pun..wana sendiri dulu macam tu..hihiii

Sebelum nie persepsi wana toner sebenarnya tak penting pun. Cukup lah pencuci muka dengan pelembap je. Fungsi toner? Langsung tak tahu..sobs!

Tapi sekarang tak lagi bila wana tahu toner adalah sgt penting utk TUTUP LIANG ROMA @ PORI pada kulit. Kalau nak tahu..lepas kita membersihkan muka..liang-liang roma kulit kita akan terbuka. Tapi taklah bermakna liang roma tu nampak besar sampai boleh nampak dengan mata kasar..tapi bila teliti betul-betul..akan nampak rongga-rongga terbuka.

Sebab tu sebelum sapu pelembap pd kulit..penting sangat utk apply TONER. Sebab kita nak pelembap tu berada di permukaan kulit bukan diserap oleh kulit!

Bila pelembap ade dekat permukaan kulit, kulit akn jadi moist & shining. Bak kata pakar kecantikan shaklee..once kita sapu day cream after apply toner..penyerapan lebih cepat berlaku

Tapi macam mana nak bagi pelembap tu tak terus diserap dlm kulit tapi akan berada satu lapisan nipis di permukaan kulit? LIANG PORI KENALAH DITUTUP!

Kalau pori terbuka..tu yg buat pelembap muka terus diserap masuk!

So dah faham kan betapa pentingnyaaa PENGGUNAAN TONER nie? Bila liang pori terbuka..kotoran senang melekat & tu lah punca terjadinya JERAWAT.

Antara fungsi toner yang lain adalah : 

1. Menyegarkan
Awak akan rasa sangat-sangat FRESH @ SEGAR once apply toner. Rasa kulit bersih sebersihnyaa. Plus..kulit rasa lembap dan licin!

2. Menapis Kotoran
Sometimes bila kita cuci muka..kulit kita tak bersih sepenuhnya lagi especially bila kita cuci dengan jari je tanpa pakai sponge muka..so pada mata kasar kulit kita nampak bersih tapi lepas tu trylah ambil toner dan tuang sebesar duit 20 sen atas kapas then sapu rata kat kulit muka..dap-dapkan dan sapu dari dagu ke atas dan dari luar ke dalam. Ops! pakai toner nie jangan main hentam je tau atas bawah kiri kanan..takut nanti kulit awak akan jadi cepat berkedut! sobs!

Eh sebenarnya ramai yang tak tahu cara pakai toner yang betul terutamanya adik-adik yang baru belajar nak pakai toner tu kan?

Cara nak pakai toner..lepas cuci muka dengan bersih, tuangkan beberapa titik toner atas kapas muka. Ramai yang sapu kapas bersama toner tu kat kulit muka. Siap sapu kuat-kuat lagi. Cara nie tak digalakkan terutamanya pada muka yang berminyak dan senang naik jerawat. Sebab cara nie akan buat kulit muka lagi berminyak. Fungsi toner pun untuk menutup liang roma yang terbuka masa kita cuci muka. Bukan nak bersihkan muka. Kapas tu kita cuma dab je kat kulit muka, bukan sapu kuat-kuat. Just tenyeh-tenyeh kat muka tak perlu kuat-kuat. Sebelum pakai cream tunggu sekejap sampai toner tu betul-betul meresap ke dalam kulit, then baru sapu Cream okay?

Ha dah tau kn TONER tu PENTING? Jadi kalau nk beli pencuci muka & pelembap..pastikan beli toner sekali. Pakai satu set baru kesan lebih tiptop
😍

Oh ya! Nak tahu wana pakai TONER apa untuk dapatkan KULIT LICIN, CERAH & BERSERI? Of courselah TONER daripada SKINCARE NUTRIWHITE iaitu Soothing Radiance Whitening Softener

Kenapa wana pilih NUTRIWHITE SKINCARE? Mestilah sebab produk Nutriwhite keluaran Shaklee diperbuat daripada bahan semulajadi..takde bahan kimia berbahaya tauu

Nie antara bahan yang terkandung dalam Soothing Radiance Whitener Softner :)
Tak kiralah apa-apa jenis toner pun awak nak pakai..tapi make sure bersesuaian dengan kulit muka & bebas daripada bahan kimia okay?  Seriusly awak akan rasa perbezaan ketara dekat kulit bila selalu apply toner lepas cuci muka & sebelum apply day cream. Pilihan saya..mestilah yang SEMULAJADI. Mesti pilih Shaklee :)

Happy sharing lovelies...

Till then

Wassalam :)



----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : NURUL ASWANA
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Sg Besar, Sekinchan, Tg. Karang, Kuala Selangor
Shaklee ID [ No : 915523 ]
Fon :011-29118686
Facebook : https://www.facebook.com/bidadari.nurul
Email : ladywandaz_3107@yahoo.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 915523 .
Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya
----------------------------------------------------------------------------------------
//script for popup like box

0 comments:

Post a Comment