Wednesday 19 November 2014

TANDA-TANDA TOKSIN BERLEBIHAN

Hari nie saya nak kongsikan dengan awak semua tentang masalah TOKSIN yang menghuni badan. For sure ramai yang tak sedar bahawa masalah kesihatan yang di alami adalah berpunca dari toksin betul tak? Sebelum tu jom kita tengok tanda-tanda toksin berlebihan :
  • Masalah sendi - lenguh lenguh badan
  • Lemah daya tumpuan & daya ingatan
  • Sering alami sembelit @ cirit birit
  • Timbulnya jerawat @ bintik hitam
  • Berat badan naik
  • Keguguran rambut & kuku mudah patah
  • Sering alami sakit pada leher, kepala, bahu & tengkuk
  • Cepat marah & murung
  • Sering merasa sakit pada bahagian tulang belakang, pinggang dan sendi
Tanda tanda lain 
  1. Seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap. 
  2. Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengah, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
  3. Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi.

Usus penuh toksin

Dah pastinya awak pernah alami salah satu atau mungkin semua masalah di atas kan? Jangan ambil mudah kerana ianya adalah petanda toksin dalam badan sangat tinggi. Oleh kerana itu, awak digalakkan oleh melaui proses DETOKS.

Apa itu Detoks?

Detoks adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak & lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selain untuk mengelakkan daripada masalah kesihatan yang serius, detoks juga memastikan vitamin/suplemen diserap dengan lebih sempurna.

Detoks nie sebenarnya sangat penting tau sebab kalau badan dipenuhi toksin, ambil lah suplemen/vitamin apa pun..kesannya kurang. Senang cerita, usus kotor..so macam mana dia nak bekerja pada tahap optimum kan? Tapi..bila badan dah detoks sel2 akan lebih bersedia menerima nutrien-nutrien lain, jadi penyerapannya lebih efisyen.

Dari mana datangnya benda-benda toksin nie?

Dalam dunia moden hari ini, lebih 5 bilion lbs dilepaskan ke dalam persekitaran, makanan yang kita makan, udara yang kita bernafas dan hidup saban tahun. Tambahan pula banyak makanan mengandungi pewarna, pengawet, sisa racun perosak, nitrat, minyak terhidrogen dan ejen-ejen lain yang mempunyai karsinogen.



Jadi agak-agak kalau ade simptom-simptom di atas silalah detoks tubuh ye..apa yang boleh membantu untuk mengurangkan toksin dalam badan?


Herb-Lax Sebagai Pencuci Usus


Bertindak untuk membersihkan usus kita daripada sisa lemak dan toksin yang melekat di dalam usus ataupun colon. Herb-lax bertindak untuk meransang usus untuk mempercepatkan proses detox dan pembersihan secara lembut iaitu membuang najis-najis yang tersekat ataupun tersimpan lama.

Herba yang digunakan dalam Herbalax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual di mana-mana.  Produk-produk julap buatan nie biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi & ketidakseimbangan elektrolit. Jadi berhati-hati ya especially buat awak yang suka beli dekat kedai herba cina tu.

Selain itu, keberkesanan Herb-Lax menghilangkan bau badan, melegakan sembelit, mengurangkan masalah jerawat dan usus boleh berfungsi dengan keadaan baik. Herbalax juga boleh membantu meningkatkan pengaliran darah dan menormalkan fungsi usus.

Alfalfa Sebagai Pencuci Seluruh Badan


Antara penyahtoksin yang terbaik iaitu Alfalfa. Berasaskan daun herba yang akarnya panjang jauh ke dalam tanah dan bertindak untuk detox keseluruhan badan kita. Alfalfa yang bersifat alkali boleh mengembalikan kenormalan badan kita yang berasid dan menghilangkan toksik dalam badan.

Alfalfa bertindak meransang aliran hempedu, dan juga membuang mineral-mineral yang berbahaya dalam badan. Ia juga membantu masalah gout dan mengurangkan kolestrol dalam darah.

Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan & penyahtoksin, Alfalfa juga mempunyai banyak faedah lain. Menurut seorang pakar nutrisi, Alfalfa membantu dalam pencernaan, anti-radang, anti-artritis & anti-bakteria. Ia membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan & pembaikan cakera tulang (disc). Ia juga mengawal tahap gula dalam darah & membantu menurunkan paras kolestrol.

Best kan detoks dengan HERBLAX dan ALFALFA nie? Bukan sahaja bermanfaat untuk detoks tubuh, malahan beri pelbagai manfaat untuk kesihatan & kecantikan

Apa kata mereka yang dah cuba?










JOM 'BERSIHKAN' BADAN KITA DARI TOKSIN!

Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Razwana Razif
♥ Sms/WhatsApp:  011-29118686
♥ Fb: https://www.facebook.com/bidadari.nurul sila klik button FOLLOW utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Happy sharing & have a nice day ahead

Wassalam.


----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : NURUL ASWANA
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Sg Besar, Sekinchan, Tg. Karang, Kuala Selangor
Shaklee ID [ No : 915523 ]
Fon :011-29118686
Facebook : https://www.facebook.com/bidadari.nurul
Email : ladywandaz_3107@yahoo.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 915523 .
Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya
----------------------------------------------------------------------------------------

Thursday 13 November 2014

TIPS KECANTIKAN : JANGAN ABAI OMEGA 3

Assalamualaikum w.b.t

Hari nie Mummy Naura nak berkongsi tentang TIPS KECANTIKAN dengan awak semua. Siapa kat sini yang ada masalah kulit kering & bersisik angkat tangan! Wahhh macam ramai aje kan? For sure masalah kulit nie sedikit sebanyak mengganggu tugasan harian betul tak? Mana taknya, ada certain tu saya tengok..kulit kering & bersisik..bila digaru jadi luka & melecet.

Untuk awak yang ada masalah kulit ..saya sarankan awak tambah sikit hidangan ikan dalam menu harian. Kalau awak tak suka ambil ikan apa kata awak ambil suplemen ASID LEMAK OMEGA 3 khususnya asid eikosapentaenoik (EPA) kerana ianya adalah sangat penting untuk kesihatan kulit dan rambut. 

EPA nie membantu mengawal kadar penghasilan minyak oleh kulit. So that takde lah nanti kulit awak terlalu kering or terlalu berminyak. Sekiranya terlalu berminyak, mengundang jerawat pulak nanti. Jadi, adalah penting untuk awak pastikan bekalan asid lemak omega yang mencukupi dalam badan bagi membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan kulit daripada kering & mengelupas.




Lemak asid Omega 3 juga mampu melindungi kulit awak daripada kerosakan. Bila kulit terdedah kepada radiasi ultraviolet (uv) dari pancaran cahaya matahari, satu bahan berbahaya yang dipanggil radikal bebas akan terhasil di mana ia boleh merosakkan sel dan menyebabkan penuaan pra matang serta menjurus kepada kanser. Lemak Asid Omega 3 bertindak sebagai anti-oksidan yang melindungi badan awak daripada bahan ini.

Lemak Asid Omega 3 bukan sahaja melindungi badan anda dari kerosakan akibat sinaran matahari, ia sebenarnya membantu memperbaiki kulit. Apabila badan awak terdedah badan sinaran berbahaya uv, EPA boleh membantu menghalang pelepasan enzim yang memusnahkan kolagen, mengelakkan kulit kendur dan berkedut

Disebabkan sifat anti-inflamasinya, Omega 3 juga mampu melegakan masalah kulit seperti rosacea, psoriasis, dan eczema.

Pilihlah Lemak Omega 3 terbaik iaitu dari Shaklee

See?? Bagus kan kalau kita amalkan pengambilan Omega 3 dalam diet seharian? Tu baru untuk kecantikan. Sebenarnya manfaat Omega 3 nie ada pelbagai! Antaranya untuk perkembangan minda kanak-kanak, bakar lemak, kesihatan tubuh (gout, darah tinggi, asma, dll). Haaa..rugi tak kalau tak try? Saya pulak yang rasa rugi kalau tak kongsi manfaat OMEGAGUARD Shaklee nie dengan awak semua. Bukan je untuk kecantikan..tapi mampu jaga kesihatan tubuh badan also

Beli sebotol satu family boleh guna..start daripada anak sampai lah mak bapaknya sekali..hihii. Parents yang ada anak sedang bersekolah tu, you should try this ya. In Shaa Allah otak lagi cerdik..cepat aje proses maklumat..bila exam tak payah nak bawak incik toyol dalam dewan periksa..hehehheeh

Ok till then & happy sharing!

Wassalam :)


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Razwana Razif
♥ Sms/WhatsApp:  011-29118686
♥ Fb: https://www.facebook.com/bidadari.nurul sila klik button FOLLOW utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.



----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : NURUL ASWANA
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Sg Besar, Sekinchan, Tg. Karang, Kuala Selangor
Shaklee ID [ No : 915523 ]
Fon :011-29118686
Facebook : https://www.facebook.com/bidadari.nurul
Email : ladywandaz_3107@yahoo.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 915523 .
Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya
----------------------------------------------------------------------------------------

Friday 7 November 2014

TIPS ANAK SIHAT & BIJAK MELALUI PEMAKANAN

Assalamualaikum semua pembaca blog Mummy Naura? Sihat ke? anak-anak semua sihat? Kalau yang belum ada anak tu..anak sedara awak sihat? Bukan apa..sekarang nie cuaca tak menentu, sekejap hujan..sekejap panas..budak-budak nie cepat aje diserang demam & slesema sebab sistem imun masih di tahap rendah. Kalau kita yang dewasa nie pun kadang-kadang tak tahan dengan cuaca sekarang..apatah lagi anak-anak tu kan? :)

Ok..sebut pasal anak sihat tak sihat nie kan, hari nie saya nak bercerita tentang kesihatan anak-anak. Mereka nie kan anugerah Allah, jadi sebagai ibu bapa..wajiblah bagi kita untuk menyediakan apa yang terbaik untuk mereka & pastikan kesihatan mereka di tahap optimum.

Tapi tugas kita sebagai ibu bapa nie kadang-kadang agak mencabar bila mana kita dah berusaha nak beri yang terbaik buat anak..tapi anak pulak tunjuk protes. Pernah tak ibu-ibu semua alami situasi macam nie? Especially kalau bab nak beri makan. Memang susah betul nak tolerate, siap kena berlari satu rumah untuk bagi makan je..biasa lah budak-budak banyak main atau memilih sikit bab makan nie. Contohnya, nak makan ayam je..sayur, ikan, telur semua tolak tepi. Kalau dapat anak yang jenis tak memilih makan nie memang seronok. Bila berhadapan kes macam nie pulak, ramai ibu bapa yang beranggapan 'tak perlu' lagi beri makanan tambahan (suplemen) kepada anak sebab berpendapat bahawa anak-anak telah mendapat nutrien yang mencukupi melalui pemakanan harian mereka




Sebagai ibu bapa pastinya kita nak bekalkan anak-anak dengan makanan berkhasiat & seimbang kerana ianya penting untuk perkembangan otak mereka. Malangnya kekangan masa mengubah gaya hidup sekarang. Kalau dulu dalam setahun boleh dibilang dengan jari berapa kali je kita makan KFC, Pizza Hut dan sebagainya. Segala tanaman atau sayuran pun saya kira masih tak terlalu terdedah dengan pencemaran yang membimbangkan.

Berbeza dengan zaman sekarang, seminggu tu tah berapa kali ambil makanan segera. Kebanyakan ibu bapa zaman sekarang terlalu sibuk bekerja, balik rumah pun dah penat..so semuanya nak mudah & senang. Inilah tuntutan zaman sekarang, dengan faktor pencemaran yang semakin meningkat, penggunaan bahan-bahan merbahaya & tercemar, sebagai ibu bapa kita seharusnya lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan untuk anak-anak yang seedang membesar.

Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Begitu juga dengan pengambilan minyak ikan Omega. Ia adalah makan yang baik untuk perkembangan otak kanak-kanak. Mlah kandungan EPA & DHA yang ada dalam Minyak Ikan amat diperlukan untuk perkembangan kanak-kanak yang sihat.

Mealshakes & Omegaguard - Suplemen Lengkap Untuk Kanak-Kanak



Menyedari hal itu, saya sendiri bekalkan anak saya dengan Mealshakes & Omega untuk pastikan anak saya membesar dengan sihat, cergas & bijak In Shaa Allah :)

MEALSHAKES 


Hanya setengah sudu kecil 2-3 kali seminggu untuk anak saya yang berumur 2 tahun. Pengambilan melashkes berbeza mengikut usia. Jangan beri anak kecil sama seperti dos orang dewasa ya. Bagi saya inilah bekalannya untuk memulakan hari dengan bertenaga dan ceria. Mealshakes boleh dicampurkan ke dalam susu anak mahupun campuran conflakes.

Antara kebaikan Mealshake ini ialah : 
  • rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 
  • sesuai untuk seisi keluarga
  • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Mealshakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  • menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  • amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti 

OMEGAGUARD


Untuk pastikan perkembangan mindanya berada pada tahap optimum, saya bekalkan anak saya dengan Omegaguard setiap hari. Omega mengandungi DHA & EPA yang berperanan menyokong sel otak berhubung untuk pembelajaran yang lebih baik dan ia sangat diperlukan dalam tempoh kritikal pertumbuhan kanak-kanak.

"Seawal usia setahun lima hingga lima tahun, otak kanak-kanak akan berkembang sebanyak 90% dan jika DHA yang diperlukan tidak mencukupi, ia akan mengganggu pertumbuhan otak mereka"

"Menurut kajian terbaru, kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram (mg) hingga 120 mg DHA setiap hari dan 100-150 mg bagi kanak-kanak berusia dua tahun hingga empat tahun serta 150-200 mg bagi usia empat tahun hingga 6 tahun. Oleh itu peranan DHA dalam setiap pemakanan kanak-kanak itu amat penting supaya mereka mendapat apa yang diperlukan untuk perkembangan otak"

Antara kebaikan Omega ini ialah :
  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.

Apa kata para Ibu?








Kesihatan anak sangat penting kan? Jangan berkira untuk beri yang terbaik buat mereka demi kesejahteraan keluarga. Segalanya terletak pada diri kita sendiri sebagai ibu bapa. Kalau rasa tak mampu bekalkan dengan pemakanan yang terbaik, top-up lah nutrisi yang mereka perlukan melalui pengambilan makanan tambahan (suplemen). Bak kata pepatah, "Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

Semoga anak-anak kita membesar menjadi insan yang berjaya di dunia & di akhirat. In Shaa Allah :)


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Razwana Razif
♥ Sms/WhatsApp:  011-29118686
♥ Fb: https://www.facebook.com/bidadari.nurul sila klik button FOLLOW utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Happy sharing & have a nice day ahead

Wassalam.

----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : NURUL ASWANA
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Sg Besar, Sekinchan, Tg. Karang, Kuala Selangor
Shaklee ID [ No : 915523 ]
Fon :011-29118686
Facebook : https://www.facebook.com/bidadari.nurul
Email : ladywandaz_3107@yahoo.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 915523 .
Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya
----------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday 5 November 2014

MASALAH PERUT BUNCIT PETANDA SUKAR HAMIL

Hari nie tergerak hati nak berkongsi dengan awak semua berkenaan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan wanita iaitu PERUT BUNCIT! Siapa yang ada masalah nie angkat tangan..wah nampak ramai aje tu..heheheh

Bagi golongan lelaki mungkin ada yang mengatakan perut buncit tu seksi..perut buncit baru macho katanya. Bukan saya kata..orang lelaki yang kata. Tapi bagi kaum wanita..kalau nampak perut buncit nanti ada je yang tanya 'eh mengandung ke? berapa bulan?'. Pernah tak alami situasi macam nie? Kalau mengandung betul tak apa..tapi kalau tak..kan dah tercedera emosi tu? Sentap tau..ggrrrrrr!

Kalau saya memang sebolehnya nak elakkan perut buncit nie.. first sekali of course lah nak nampak cantik di mata suami..nak pakai apa pun takde nampak 'spare tyre' terkeluar sana sini..plus keyakinan diri tu tinggi bilamana tak payah asyik nak cover2 perut aje especially bila pegi mana2 event yang ade jamuan makan-makan..betul tak?


Tapi yang paling penting, kaum wanita tak boleh ambil mudah masalah perut buncit nie sebab ianya akan mengundang masalah kesihatan. Antaranya adalah SUKAR UNTUK HAMIL.

Sedar tak awak semua  bahawa perut buncit yang dialami oleh wanita petanda banyak angin dalam badan. Bila perut banyak angin, sperma yang memasuki ruang rahim sukar untuk melakukan gerakan untuk bersenyawa. Dalam bahasa mudah, dengan adanya angin yang banyak dalam badan, pergerakannya menjadi tersasar. Sperma sukar untuk menembusi ovum yang dihasilkan oleh wanita. Samalah juga macam kita berlayar dekat laut. Disebabkan angin yang kuat, kemungkinan besar perjalanan kita memakan masa yang lebih lama dari sepatutnya. Dalam hal kesuburan pula, ovum tak boleh menunggu lama kerana hanya ada 24 jam sahaja untuk hidup.

So, sebagai penyelesaiannya, macam mana nak ATASI MASALAH ANGIN DALAM BADAN nie?

Jawapannya mudah sahaja, awak hanya perlu mengamalkan PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE


Peppermint Ginger Plus merupakan gabungan herba-herba terpilih seperti halia, pudina, jintan hitam dan jintan manis yang sememangnya terkenal dgn khasiatnya dalam membantu mengeluarkan angin dalam perut. Jangan tak tau perut kita boleh kempis tau kalau angin yang berpusing-pusing dalam badan tu berjaya dikeluarkan.

Ada juga segelintir daripada kita yang amalkan memakan halia untuk keluarkan angin dalam badan..tapi masalahnya..sanggup ke nak telah halia seketul tu? hehhee. Kebanyakan daripada kita dah tau bahawa halia merupakan herba yang terkenal sejak turun temurun dengan fungsi utamanya untuk membuang angin. Ia memelihara saluran penghadaman dan melegakan senak perut. Pudina pula jika awak perasan selalu diambil oleh bangsa arab setelah menikmati makanan arab yang agak berat kan? Kerana ianya dapat membantu dan menggalakkan kesihatan sistem penghadaman dan usus kita.

Bila angin dalam badan dah berjaya keluar, bermakna tiada lagi gangguan yang menyukarkan pergerakan sperma. Bermaksud di sini, pergerakannya jadi lebih lancar dan tepat menuju ovum wanita. Malah, ada juga wanita yang terus berjaya hamil apabila mengeluarkan angin yang sangat banyak dari badannya.

Antara manfaat lain PEPPERMINT GINGER PLUS klik SINI


Dapatkan KONSULTASI PERCUMA daripada saya setelah melakukan pembelian dengan menghubungi saya di talian 011-29118686

Happy sharing lovelies 

Have a nice day ahead & Assalamualaikum :)

----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : NURUL ASWANA
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Sg Besar, Sekinchan, Tg. Karang, Kuala Selangor
Shaklee ID [ No : 915523 ]
Fon :011-29118686
Facebook : https://www.facebook.com/bidadari.nurul
Email : ladywandaz_3107@yahoo.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 915523 .
Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya
----------------------------------------------------------------------------------------

Monday 3 November 2014

TIPS KURUS IBU MENYUSU

Assalamualaikum & Selamat bertemu bulan baru, November. Pejam celik pejam celik dah nak sampai hujung tahun rupanya. Terasa cepat betul masa berlalu :)

Memandangkan bulan nie bulan promosi OMEGAGUARD, jadi saya nak kongsikan pengalaman saya yang dah rasai sendiri penangan OMEGAGUARD. Sebenarnya pil Omega nie terdapat banyak fungsi & kelebihan sama ada dari segi KESIHATAN & KECANTIKAN. Antaranya membantu dalam masalah ASTMA, ECZEMA, GOUT, KURANG TUMPUAN KETIKA BELAJAR, MASALAH BERAT BADAN BERLEBIHAN & banyak lagi.

But for today, saya nak kongsikan pengalaman saya sebagai IBU MENYUSU yang amalkan pengambilan OMEGAGUARD untuk MAINTAIN SLIM :)


Actually ramai yg mengadu dgn saya..supposed breastfeed nie blh kurus sebab BAKAR KALORI..but selera makan menjadi2 pulak sebab setiap kali lepas menyusu..for sure rasa lapar & mendorong kita utk makan dgn banyak. Jadi macam mana orang kata MENYUSU BOLEH KURUS?
Kalau anda semua nak tau..kadang2 kita salah faham tentang "lapar" tu sebenarnya adalah dahaga..so otak kita akn hantar signal "lapar" kena makan nasi..but sebenarnya kita patut menggantikannya dgn MENGAMBIL SEGELAS AIR KOSONG utk avoid drpd mkn secara berlebihan
And salah satu faktor anda tak kurus even breastfeed adalah kerana SISTEM PENGHADAMAN YG LEMAH. Ramai ibu menyusu yg alami masalah BERAT BADAN BERLEBIHAN sbb sistem penghadaman tak mampu "bekerja" dgn baik (sembelit). Akibatnya segala sisa2 lemak terkumpul dalam badan dan makin bertambah hari ke hari
Jadi, apa yg sy amalkan selama nie adalah dgn mengamalkan SUPPLEMENT just to make sure dapat KAWAL SELERA MAKAN, BAKAR LEMAK BERLEBIHAN & CUCI USUS daripada kotoron & toksin!
Hasilnya, bila dalaman sihat, nutrien dapat diserap pada tahap maksimum & berat badan pun maintain SLIM
Antara cadangan saya adalah :
1. ESP 
**bertindak sebagai PROTEIN yang sangat diperlukan untuk bantu TINGKATKAN METABOLISME TUBUH
**bantu MEMEKATKAN SUSU IBU & beri TENAGA kepada ibu menyusu
**meningkatkan PERKEMBANGAN OTOT, MENJAGA NAFSU MAKAN & MENJAGA OTOT BEBAS LEMAK

2. ALFALFA COM
**DETOKS penting untuk BUANG TOKSIN berlebihan dalam badan
**bertindak sebagai sumber FIBER yang mengangkut LEMAK keluar dari badan & merangsang PENYERAPAN NUTRIEN dalam badan

Mungkin ada di antara anda yang pernah berdiet tapi tak nampak kesannya . Puncanya adalah masalah DETOKS. Bila toksin terlampau banyak badan akan sukar menyerap nutrien yang diambil sama ada melalui suplemen mahupun diet harian.

3. OMEGAGUARD 
**bertindak sebagai PENGEMULSI & PEMBAKARAN LEMAK. Bermaksud lemak dipecahkan kepada molekul yang lebih kecil supaya ia lebih mudah bergerak di dalam sistem digestive
**Jika ibu menyusu mengambil OMEGAGUARD Shaklee untuk KURUS, ibu juga akan menyalurkan sumber DHA yang penting bagi PERKEMBANGAN MINDA KANAK-KANAK.

4. LECITHIN 
**membantu MEMECAHKAN LEMAK badan & MENGURANGKAN LEMAK pada salur darah
**mencairkan lemak termasuk KOLESTROL
**meningkatkan kolestrol baik (LDL)

So, bermula dari KAWAL SELERA MAKAN, DETOKS, PECAH LEMAK & BAKAR LEMAK..kesannya sangat menakjubkan!


Saya dah berjaya dapatkan berat badan ideal untuk sebagai seorang ibu menyusu..anda bila lagi? *wink

Sebarang pertanyaan & perkongsian cerita, bolehlah hubungi saya di talian 011-29118686 (SMS/WHATSAPP)

Happy sharing mommies :)

Have a nice nice ahead

Wassalam.
----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : NURUL ASWANA
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Sg Besar, Sekinchan, Tg. Karang, Kuala Selangor
Shaklee ID [ No : 915523 ]
Fon :011-29118686
Facebook : https://www.facebook.com/bidadari.nurul
Email : ladywandaz_3107@yahoo.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 915523 .
Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya
----------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday 29 October 2014

TIPS MEMILIH SOY PROTEIN

Assalamualaikum :)

Di kala bulan PROMO ESP BUY 6 FREE 1 nie actually ramai yang tertanya-tanya soalan macam ni.

"Bagus ke minum soya ni?"

"Bukan ke minum soya ni, tak bagus untuk kesihatan?"

"Susu soya yang dijual dalam kotak kat pasaran pelbagai jenama tu, selamat ke untuk di minum?"

Haa.. Memang sekarang ni berlambak-lambak jenis protein yang ada di pasaran kan?

So main issue kat sini adalah, macam mana kita nak tahu protein yang kita ambil tu betul-betul berkualiti? 

Ye lah, nak beli atau pilih apa-apa pun mesti ada kriterianya kan betul tak?

Contoh nak beli ikan dan sayur kat pasar, mesti kita pilih yang segar. Even nak pilih calon suami atau isteri pun ada kriteria nya jugak kan betul tak?

Kesimpulannya, semua perkara dalam hidup ini kena ada STANDARD and REQUIREMENT. 

Pilihan kita pada masa ini akan menentukan kehidupan kita pada masa akan datang.


7 KRITERIA PENTING DALAM PEMILIHAN SOY PROTEIN
  
1) KACANG SOYA ITU MESTI TUMBUH SECARA ORGANIK

Kajian menunjukkan penanaman secara kimia (bukan organik) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan. Jadi sangat penting pesticides, fungicides, herbicides tidak digunakan sepanjang pertumbuhan kacang soya ini.

2) KACANG SOYA ITU MESTILAH NON-GMO (Non-Genetically Modified Organism)

Produk soya (GMO) ialah produk yang telah diubahsuai genetiknya sehingga     serangga pun tak lalu nak makan.

Jadi production pun bertambah besar dan pengeluar dapat untung berlipat kali ganda. Sebab itu mereka boleh jual dengan harga yang sangat murah. Pengubahsuaian inilah yang boleh menyebabkan allergy, toxin dan potensi kanser.

Secara umumnya, Kacang soya GMO adalah lebih murah untuk dihasilkan. Lebih kurang macam Vitamin Sintetik vs Vitamin Natural lah. Kebanyakan syarikat akan cari cara untuk menjimatkan kos pengeluaran produk. Jadi salah satunya adalah menggunakan kacang soya GMO.

Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan di dalam sel tumbuhan. Jadi sebab itulah penting kita pilih soya yang NON-GMO ye?

3) SOY PROTEIN ITU MESTI MENGANDUNGI 9 ASID AMINO PERLU


Ni lagi satu ciri yang sangat penting. Badan kita memerlukan kesemua 9 asid amino ini untuk menghasilkan hormone, jus penghadaman, antibody, dan enzyme.

If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped. 
Haa..Nampak tak kepentingannya kat situ?

4) SOYFLAKES MESTI DIBERSIHKAN DENGAN AIR DAN BUKAN ALKOHOL


Semasa proses pembuatan soy isolate, ada kebanyakan company yang menggunakan alcohol untuk membersihkan soyflakes. Alkohol tu dah la sememangnya HARAM kan, ia juga akan memusnahkan kandungan isoflavone sehingga 88%!! Untuk pengetahuan anda ISOFLAVONES sangat diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru dan bermanfaat dalam penyeimbangan hormon.

5) BAHAN-BAHAN ANTI-THYROID / ANTI-GROWTH SUBSTANCE MESTI DISINGKIRKAN

Soya mentah mengandungi 'anti-growth', 'anti-tyrosine' substance. Kekurangan 'tyrosine' ni akan menyebabkan tekanan darah rendah, suhu badan rendah, dan 'restless leg syndrome'. Jadi pastikan kita memilih jenama yang menggunakan 'extracting process' yang menyingkirkan bahan-bahan tersebut. Dan pada masa yang sama ia masih mengekalkan keaslian soya dan mengekalkan paras asid amino serta isoflavones yang tinggi, yang sangat sensitive pada suhu panas.

6) PROSES PEMBUATAN SOY PROTEIN SEBAIKNYA TANPA PEMANASAN


Asid amino adalah sangat sensitive pada suhu panas. Ada kajian menunjukkan protein yang dimasak dengan suhu tinggi akan menghancurkan sehingga 50% acid amino perlu. Jadi jika kita sering makan diet yang kekurangan 'essential amino acids', ia akan memberi kesan kepada perkembangan otak dan hormon, atau perkembangan tisu badan juga akan terbantut.

7) SOY PROTEIN POWDER HENDAKLAH DITAMBAH UNSUR KALSIUM


Sebenarnya, kacang soya adalah bahan yang NEUTRAL (Neither acidic nor alkaline). Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan, semasa penghasilan soy powder, minyak kacang soya (soybean oil) perlu disingkirkan supaya soy powder itu tidak mudah berbau. Proses ini menyebabkan soy powder menjadi sedikit berasid.

Oleh itu, adalah penting untuk pengeluar soy powder menambah kalsium (unsur alkali) yang mencukupi untuk menjadikan ia neutral semula. Kebanyakan pengeluar TIDAK MENAMBAH kalcium yang cukup dalam produk mereka.



BAGAIMANA DENGAN ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN) SHAKLEE?



Semestinya ESP MEMENUHI KESEMUA REQUIREMENTS di atas. Sebab tulah saya tetap memilih ESP SHAKLEE dalam diet seharian. Saya yakin IT IS THE BEST FOR ME!!

Adalah penting untuk kita FAHAM kenapa kita memilih sesuatu produk itu. Bukan hanya semata-mata kerana ia produk yang glamour, atau hanya kerana Testimoni orang lain.

Harganya pun sangat mampu-milik. 1 tin boleh tahan sehingga 2 bulan untuk seorang makan. Suami isteri pun boleh makan sama-sama. Sesuai untuk LELAKI dan PEREMPUAN.

Semoga apa yang dikongsikan ini sedikit sebanyak memberi ilmu bagaimana memilih susu soya yang berkualiti untuk membantu anda dan ahli keluarga atau saudara mara dalam memilih Soy Protien yang berkualiti.

Sekiranya anda berminat untuk mencuba, anda boleh dapatkannya daripada saya. In sh
a Allah saya akan kongsikan cara makan  Energising Soy Protein (ESP) dengan betul.

Jangan beli dari orang sebarangan. Sebabnya.... Kalau dah beli nanti cara makan pula tak betul, takut nanti tak memberikan kesan yang maksimum.

Hubungi saya, NURUL ASWANA BT JASMI di 011-29118686 atau nurul_aswana@yahoo.com. In Sha Allah, saya akan bantu beri konsultansi secara percuma kepada anda :)

Till we meet again. Have a nice day ahead :)


Wassalam.

----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : NURUL ASWANA
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Sg Besar, Sekinchan, Tg. Karang, Kuala Selangor
Shaklee ID [ No : 915523 ]
Fon :011-29118686
Facebook : https://www.facebook.com/bidadari.nurul
Email : ladywandaz_3107@yahoo.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 915523 .
Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya
----------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday 14 October 2014

ALAM MISTIK : GANGGUAN MAKHLUK HALUS

Assalamualaikum reader Mummy Naura :)

Mintak maaf banyak2 sebab blog sunyi sket seminggu dua nie..bukan apa, kesihatan tak mengizinkan plus Naura asyik nak berkepit je 24/7..baru nak pegang lappy ade je satgi merengek2 tepi telinga..So, lappy nie on off je lahh. Ramai ke reader yang mencari2? Ecehhhh..perasan je..heheheh..

Actually now pun tak berapa sihat lagi, but gigih jugak nak menaip entry sebab ade demand from kawan2 yang nak tau sambungan kisah berkenaan status 'GANGGUAN' dekat my PERSONAL FB.

Nak bercerita tegak jgk bulu roma. But mana tau sedikit sebanyak perkongsian saya blh dijadikan panduan utk awak semua pulak di kemudian hari. Especially untuk parents yang ade anak kecik tu, kalau nak pegi jalan2 or shopping ke..or amek angin tepi pantai ke..make sure balik sebelum maghrib. Sebab benda2 halus nie time2 dia nak cari mangsa adalah bila menghampiri rembang senja. Normally baby @ kanak2 lah yang menjadi sasaran utama.

Before tu nak share tanda-tanda baby diganggu makhluk halus :
1. Tangisan disertai dengan air mata, suara tangisan pula agak berlainan daripada tangisan biasa.
2. Tangisan disertai dengan air mata berjuraian. Kadang2 berhenti menangis sekejap then menangis semula dengan kuat.
3. Mata yang pejam semasa menangis akan melahirkan ombak pada kelopak mata, seolah2 kedua2 biji matanya sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan & kiri
4. Menangis dengan suara yang mendayu-dayu & berpanjangan. Mata terpejam seolah2 dalam keadaan tak sedarkan diri
5. Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang2 berkerut, seolah2 ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu
6. Menangis & menjerit dalam keadaan ketakutan & menggigil seolah2 disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Biasanya setelah puas menangis, anak ini akan tidur sebentar, lalu menagis lagi dalam keadaan teresak2 disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.

Oke then, the story begin :)

Actually benda nie jadi dekat my only doter, Naura. About 3 @ 4 minggu lepas selalu sgt menangis & bila tanya "Ami (mommy) ade antu (hantu)". And kadang2 bila tgh main seronok2 tiba2 dtg peluk mommy sambil tunjuk dkt tah mn2 sudut yg takde ape objek pun sebenarnya. Apa yang saya perasaan, perubahan tu bermula lepas kami balik daripada satu lokasi. Saya namakan as XXX.

Hati mula dah rs tak sedap..tapi keep on percaya..takde ape pun..maybe imaginasi budak2. But every night before tido mlm saya bacakan Ayat Kursi & tiup dekat ubun2 Naura. Alhamdulillah, lena dia tido sampai ke pagi. Kadang ade jugak mengigau, ketawa2..sengih2..Saya pun takde fikir sangat or bercerita dengan my mom. Biasa lah budak2 kalau terlajak main kadang2 terbawak2 dalam mimpi.

But nak dijadikan cerita, start minggu lepas..sehari sebelum birthday, Naura dah mula demam panas, normally klu dia demam bila lap ng air asam jawa lepas tu oke..but kali nie tak..mkin lama mkin panas..then saya bagi dia secubit NUTRIFERON yang bertindak as immune booster, biasanya kalau bagi NUTRIFERON..dua tiga jam lepas tu demam dah mula turun, tapi tak turun2 jugak. Sepanjang malam tu saya tidur2 ayam je untuk keep on lap badan dia dengan tuala basah & air asam jawa.

Alhamdulillah, bangun keesokan pagi tu dah sihat sikit, plus boleh jalan2 pegi Tesco beli barang dapur untuk persediaan Hari Raya Haji, tapi badan still dedar & selsema. Yang best tu even dalam keadaan tak sihat boleh jugak celebrate birthday Naura yang ke-2 on 5hb Oktober. Even dia tak bagi commitment nak menjayakan majlis time tu tapi ianya tetap berjalan dengan happening! 


See? Muka pucat je tapi masih larat lagi nak berlari2 dengan kawan2 dia. And..birthday girl sempat jugak berposing kenangan :)


Bila siang sihat & aktif..but once dah lepas Asar bawak ke malam, suhu badan cepat je naik, even saya dah guna ubat jolok punggung tu untuk turunkan suhu, macam nothing happen je..suhu makin naik jugak. Then nafas tercungap2 macam semput, saya and suami bawak ke klinik untuk sedut gas & doctor bagi ubat demam. Ikut kata doc, 'anak awak demam biasa'.

Ingatkan after dah sedut gas bagi cairkan kahak & makan ubat, her condition is getting better lah..but not. Makin teruk pulak especially bila malam. Nangis macam dah nak putus nafas..then senyap..lepas tu nangis lagi teresak-esak. Kami berdua pun naik konfius tak tau nak buat apa. But tak lama lepas tu Naura request nak tido dalam buai. Disebabkan saya dah tak larat, suami dukunglah Naura bawak ke luar bilik & dodoikan dia. Sebenarnya memang sepanjang dia demam, dia suka sangat 'lepak' dalam buai. Sikit2 nak pegi dekat buai..bukan nak tido pun, lebih pada nak 'termenung'.

Ikut apa yang suami cerita pada saya, sepanjang dalam buai tu Naura tak tido pun. Masa tu around pukul 3 pagi. Mata dia keep on pandang syiling macam orang khayal..then tersengih2. Bila ditegur dia mendengus marah. Start dari situ lah kami dah syak ade something yang tak kena dengan Naura. Ditambah pulak badan sampai ke kepala panas berbahang..tapi part kaki sejuk macam ais. Ikut kata orang tua2..tu tandanya ada gangguan makhluk halus. Wallahualam

The day after kami decide bawak pegi berurut & berubat cara kampung. Adalah ayat Al-Quran yang dibacakan & diberi minum air 'penawar'. Ada satu part kat kaki dia yang macam bengkak berbonggol. Maybe lah dijadikan tempat 'benda' tu menumpang. Tapi Alhamdulillah, day to day keadaan Naura makin pulih..so far takde dah meracau2 ke apa. Just now tinggal selesema & batuk je tak hilang lagi.

Hmmm, pengajarannya dekat sini..once dah ade anak tu, tak payah la nak berjalan sakan balik malam-malam or kalau si ayah pegi memancing ke or keluar lepak minum dengan kawan2 ke..make sure kalau balik jangan terus pegang anak, pegi lah pusing2 depan rumah dulu..lepak tengok tv ke..sebab kita tak tau kadang2 benda halus nie mengekor je kita balik..maklumlah 'dia' pun teringin naik kete ade air-cond..sejuk je dia dok kt belakang tu..wuuuuuu! gurau je..hihiksss

Lagi satu, kalau anak demam berpanjangan tu, maybe doctor pun tak boleh buat apa, so berbalik lah pada cara Islam, mana tau kan ade 'something' yang berdamping dengan anak kita. Biasa lah baby, masih suci, jiwa kosong lagi..senang je 'benda2' nie nak mendekat.

Rasa macam panjang sangat dah cerita..hehehehe..so tu je lah..semoga sedikit sebanyak dapat jadi panduan untuk ibu2 dekat luar sana :)

Opss last but not least nak share rawatan bagi atasi gangguan makhluk halus :

1. Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, An-Nas & Al-Falaq, hembus pada ubun-ubun anak sebanyak 3 kali ; atau

2. Bacakan azan di telinga kanan & iqamah di telinga kiri (sekali atau tiga kali( ; atau

3. Baca Ayat Kursi, Al-Fatihah, Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Nas

Happy sharing lovelies, Till then & Assalamualaikum :)






----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : NURUL ASWANA
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Sg Besar, Sekinchan, Tg. Karang, Kuala Selangor
Shaklee ID [ No : 915523 ]
Fon :011-29118686
Facebook : https://www.facebook.com/bidadari.nurul
Email : ladywandaz_3107@yahoo.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 915523 .
Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya
----------------------------------------------------------------------------------------