Friday 15 August 2014

SHAKLEE : KENAPA NAK BOIKOT?

Assalamualaikum & Selamat Pagi semua. Selamat menjalankan tugasan dengan penuh keikhlasan & kesyukuran. Semoga ibadah kita hari nie di terima oleh Allah s.w.t. Jangan lupa pekerjaan yang kita lakukan pun ibadah..so buatlah dengan ikhlas semata-mata kerana Lillahi Taala :)

Minggu nie pastinya masih banyak lagi undangan ke rumah terbuka kan? Maklum la hari raya pun belum habis lagi..nak pulak makan sedap & ditaja..kalau saya pun tak tolak punya..hehehehe. Tapi dalam pada beraya tu jangan dilupa. Amalkan Phytocol-St, Omega, Lecithin & Coq-Health untuk atasi masalah kolestrol, sembelit & buang toksin ya :)

Alhamdulillah sekarang semakin ramai yang menginginkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan makanan tambahan daripada Shaklee. Ramai yang mengakui kesihatan makin baik & tak terlalu bergantung dengan ubat-ubatan yang dibekalkan hospital. 

Islam & Keperluan Menjaga Kesihatan

Menjaga kesihatan tubuh badan tu adalah amanah daripada Allah. Kalau kita mampu jaga amanah dalam beribadat kepada Allah, kenapa kita perlu abaikan dalam menjaga amanah yang satu nie? Kita ambil apa sahaja makanan yang boleh ditelan tanpa ambil kira adakah ia bermanfaat atau mudarat kepada jasad kita?



Islam juga menjadikan prinsip ‘mencegah sebelum merawat’ sebagai keutamaan dalam kehidupan umatnya sebagaimana ungkapan kata hikmah :

 الوقاية خير من العلاج

Mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Jangan sampai nikmat kesihatan tu hanya kita sedari bilamana ianya dah pergi meninggalkan kita sebagaimana ungkapan terkenal bahasa arab :

الصحة تاج فوق رؤوس الأصحاء لا يراه إلا المرضى

Kesihatan adalah satu mahkota yang berada di atas kepala orang yang sihat. Ia tidak nampak (nikmatnya) melainkan oleh orang- orang yang sakit.

Isu Shaklee dan Israel

Walaupun isu nie sebenarnya dah lama tapi sepertinya sengaja ditimbulkan kembali di media massa terutamanya di facebook. Sengaja di'viral'kan untuk mendapatkan perhatian umum walhal diri sendiri pun belum tahu pokok pangkal dan kesahihannya.

Dan ramai di kalangan sahabat saya sendiri yang bertanya "betul ke Shaklee nie penyumbang kepada Israel?"

Tak kurang juga yang mengutuk "bisnes biar secara halal, sebab jadi darah daging". Allahu..sedihnya dengan mentaliti macam nie. Menghukum biar dengan ilmu, jangan diikutkan dengan perasaan yang dendam & benci.

Bila isu nie dibangkitkan, bukan sahaja pengguna Shaklee, malahan yang tak pernah kenal Shaklee pun ibarat cacing kepanasan. Sampaikan ada yang bersyukur tak kenal & tak amalkan Shaklee, hanya amalkan makanan sunnah Nabi.

Yes memang benar Shaklee adalah syarikat nutrisi yang berpangkalan di US sejak 1958 lagi dan merupakan sekutu kuat Israel sepertimana Singapura sehingga di beri gelaran Tangan Israel Asia Tenggara.

Akan tetapi pihak Shaklee sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak pernah sama sekali memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi ke atas negara Islam.



Keneseath Israel (KI) tu Siapa? Apa Kaitan dengan Shaklee?

Keneseath Israel (KI) nie adalah website daripada sebuah komuniti Yahudi yang telah memaparkan logo Shaklee Global dalam list Suppoter.


Website KI merupakan milik peribadi 'negara' tersebut yang melakukan sumbangan persendirian untuk Israel. Seperti yang kita maklum, Pengedar Shaklee berada di seluruh pelusuk dunia & datang daripada pelbagai kaum..etnik..budaya dan agama.

Dalam erti kata mudah, Keneseath melakukan tanggungjawab sosial dan kebajikannya dengan mendermakan hasil keuntungannya kepada Israel.

Seperti juga kami, Pengedar Shaklee di Malaysia, kami mengeluarkan bonus yang diperolehi untuk membayar Zakat, Infaq & Sumbangan ke Tabung Palestin demi untuk mengurangkan penderitaan saudara Islam kita di sana sekaligus dengan harapan semoga rezeki yang Allah kurniaan kepada  kami dapat di kongsi bersama untuk pembangunan ummah.

Bagaimana Bonus Shaklee Diagihkan?

Setiap Pengedar Shaklee (SID) yang berdaftar akan menerima bonus jualan mengikut terma & syarat yang ditetapkan. Bermakna di sini, tiada untung atas angin yang diterima dengan melakukan penindasan terhadap orang bawahan. Banyak jualan peribadi, maka banyaklah bonus :)

Dalam kes nie, setelah pembayaran bonus dilakukan bermakna lepaslah tanggungan pihak Shaklee. Terpulanglah pada SID untuk membelanjakan bonus masing-masing. Shaklee tiada hak untuk tentukan ke manakah harus kami belanjakan wang tersebut. Yang pastinya sebagai SID yang beragama Islam, kami telah dibiasakan supaya menyalurkan semampunya bonus tersebut untuk Zakat, Sedekah, Infaq & Sumbangan ke Tabung Aman Palestin.
Itu bermakna, KHAS untuk kupasan bagi SHAKLEE (Sumber : Master Ira & Hafizan)
a) Produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia)  serta tempoh lesen masih hidup
   >>>>>Shaklee miliki sijil halal yang SAH, lesen pon yang SAH. ISA (Islamic Services of America) adalah pertubuhan yang memberikan halal kepada produk USA.

b) Cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,

 >>>Shaklee patuh kepada syariah. Info detail boleh ke link yang disediakan.

c) Tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,

>>>> tiada berkaitan dengan Shaklee atau produk lain daripada pihak kerajaan secara terus. 

d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.
>>> Shaklee MENAFIKAN ada kaitan dengan Israel 
>>> Shaklee  TIDAK MENYATAKAN sebarang kaitannya dengan Israel

Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.
Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.
Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-
أن اليقين لا يزال بالشك
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )
Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam.

Kesimpulan umum :
Harus jual beli, guna khidmat dan makan di McDonald, KFC, TESCO, JUSCO, MAXIS, INTEL dan lain-lain produk walauapun berasal dari Yahudi atau Non-Muslim selagi mana : -
a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia)  serta tempoh lesen masih hidup,
b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,
c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,
d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.
Walaubagaimanapun, mendapat pahala bagi sesiapa yang melakukan boikot terhadap mana-mana barangan atau syarikat didasari oleh keyakinannya terhadap hasil kajiannya sendiri yang mendapati penglibatan yang tidak sihat tadi itu ada pada syarikat atau mana-mana pengeluar barangan. Tatkala itu, boikot adalah wajib ke atas dirinya sahaja dan digalakkan bagi sesiapa yang yakin dengan info yang dikeluarkannya.

Jadi Apa yang Saya perlu Buat Sekarang?
Setiap orang mempunyai hak untuk bersuara dan menyatakan pendapat. Akan tetapi, biarlah segala maklumat yang disebarkan mempunyai bukti yang kukuh dan sahih agar tiada pihak yang teraniaya. Berkongsi maklumat dengan orang ramai haruslah berdasarkan ilmu, bukan dengan emosi yang membuta tuli menyebarkan fitnah. Berbincanglah ikut fakta dan elakkan bercakap kosong dan menokok tambah cerita.
Dalam usaha nak boikot semua perkara yang berkaitan dengan Israel/US, adakah kita sedar bahawa Malaysia turut melakukan urusniaga dengan Israel melalui Petronas? Adakah kita sedar bahawa kerajaan kita menggunakan khidmat Konsultant dari Israel? Adakah negara kita pun kita perlu boikot?
Tepuk dada tanya hati. Kalau nak boikot..boikot dengan sepenuh hati..bukan bermusim dan ikut-ikutan..fahami maksud boikot itu sendiri. Pastikan kalau dah tekad nak boikot, barang-barang keperluan harian, pakaian, makanan, ubatan yang kita gunakan tiada langsung kena mengena dengan Israel/US. Boleh ke?
Tujuan post nie bukan hanya mempertahankan status saya sebagai SID, siapa di pihak yang benar dan salah, ianya adalah semata-mata untuk menerangkan situasi sebenar & mengelakkan salah faham dan pertikaman lidah antara individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Sebagai seorang khalifah yang sempurna dari segi lahiriah, bukalah mata dan gunakan kelebihan akal yang Allah swt kurniakan untuk buat pertimbangan sendiri. Bukan sekadar dengar cakap orang dan menyebarkan fitnah yang tidak betul. Kalau betul takpe..kalau tak betul kan ke dah malu diri sendiri? :)
Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Wallahualam :)

Sekian, Terima Kasih.

Perkongsian Hasil Daripada Pembacaan & Penelitian Saya daripada Bukti yang Sahih,
Nurul Aswana
nurul_aswana@yahoo.com



//script for popup like box

0 comments:

Post a Comment