Friday 22 August 2014

TIPS KULIT CANTIK BERSERI TANPA MODAL BESAR

Assalamualaikum :)


Today saya nak share dengan awak tips untuk kulit cantik. Ada sesiapa yang kat sini yang mendambakan kulit cantik mulus, licin dan berseri tanpa sebarang cela? Of course lah semua nak kan? Wanita dengan kecantikan memang tak boleh nak dipisahkan.

Boleh dikatakan semua wanita pernah alami masalah kulit seperti berjerawat, tona kulit tak sekata, jeragat, kulit kusam dan bermacam-macam lagi yang mana kadang-kala ianya buatkan kita rasa tak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Masalah kulit buat kita malu & rendah diri dengan kawan-kawan.



Saya juga pernah lalui zaman kulit bermasalah. Biasa la jiwa yang nak meningkat remaja, ditambah pulak dengan hormon tak stabil, kesannya jerawat naik bagai dibaja. Bila jerawat banyak tu tangan nie pulak dok gatal nak picit jerawat, so pengakhirannya tinggallah kesan parut. Satu belum pudar betambah lagi dua tiga parut. Lama-lama kulit pun nampak kusam tak bermaya.

Arghhh tension sebab dah tak tau nak tutup parut macam mana. Macam-macam dah produk saya cuba untuk atasi masalah jerawat & pudarkan parut. Daripada skincare yang berjenama sampailah kepada cara alami rahsia tok moyang kita dulu-dulu. Masa tu memang rajin google info tips-tips untuk penjagaan kulit wajah.

Menurut satu sumber, masalah yang menghalang kita untuk mendapatkan kulit yang halus dan lembut adalah kerana pori-pori yang besar. Pori-pori kulit wajah yang besar nie biasanya terjadi disebabkan faktor genetik, proses penuaan ataupun sebab selalu terkena pancaran sinar matahari. 

Jadi saya nak share  TIPS KECILKAN LIANG PORI sebab liang pori yang terbuka akan memerangkap kotoran & menghasilkan minyak yang berlebihan. Bukan ke minyak yang berlebihan pada permukaan kulit mengundang kehadiran 'Miss J'? So macam mana nak kecilkan liang pori wajah menggunakan sumber bahan semulajadi tanpa modal besar? Jom tengok!


1. Lemon
Perah setengah biji lemon dan sapukan ke seluruh wajah awak sebelum tidur. Lemon nie merupakan penyegar paling alami yang akan membantu awak untuk mengecilkan pori-pori. Selain tu lemon juga berfungsi untuk mencerahkan kulit.



2. Tomato
Hancurkan tomato dan buatlah pasta yang lembut. Sapukan pasta tomato ini pada wajah dan biarkan selama 10-15 minit. Bilas wajah awak dengan air suam dan bilasan terakhir dengan air sejuk untuk mengecilkan pori-pori.



3. Madu
Madu ini tidak hanya anti bakteria tapi juga mampu membuatkan pori-pori mengecil dan juga menghilangkan minyak pada wajah. Madu nie biasanya digunakan sebagai masker wajah atau mungkin dicampur dengan beberapa titisan perahan jus lemon. Pijatkan pada wajah dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air sejuk.



4. Jus Timun
Buatlah campuran jus timun dan juga tepung jagung dan sapukan masker ini pada wajah awak. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air suam. Ini akan mengecilkan ukuran pori-pori wajah.



5. Ais

Cara paling cepat dan efektif untuk mengecilkan pori-pori wajah adalah dengan mengoleskan ais pada wajah. Ini kerana suhu dingin dari ais akan membantu untuk mengecilkan pori-pori wajah dan juga mengurangkan pengeluaran minyak di wajah.



Happy sharing lovelies..

Have a nice day ahead :)

NURUL ASWANA
SMS/WHATSAPP : 011-29118686
FB : RAZWANA RAZIF
mummynaura.blogspot.com
Sekinchan, Sungai Besar, Kuala Selangor & kawasan berhampiran

//script for popup like box

0 comments:

Post a Comment