Tuesday 14 October 2014

ALAM MISTIK : GANGGUAN MAKHLUK HALUS

Assalamualaikum reader Mummy Naura :)

Mintak maaf banyak2 sebab blog sunyi sket seminggu dua nie..bukan apa, kesihatan tak mengizinkan plus Naura asyik nak berkepit je 24/7..baru nak pegang lappy ade je satgi merengek2 tepi telinga..So, lappy nie on off je lahh. Ramai ke reader yang mencari2? Ecehhhh..perasan je..heheheh..

Actually now pun tak berapa sihat lagi, but gigih jugak nak menaip entry sebab ade demand from kawan2 yang nak tau sambungan kisah berkenaan status 'GANGGUAN' dekat my PERSONAL FB.

Nak bercerita tegak jgk bulu roma. But mana tau sedikit sebanyak perkongsian saya blh dijadikan panduan utk awak semua pulak di kemudian hari. Especially untuk parents yang ade anak kecik tu, kalau nak pegi jalan2 or shopping ke..or amek angin tepi pantai ke..make sure balik sebelum maghrib. Sebab benda2 halus nie time2 dia nak cari mangsa adalah bila menghampiri rembang senja. Normally baby @ kanak2 lah yang menjadi sasaran utama.

Before tu nak share tanda-tanda baby diganggu makhluk halus :
1. Tangisan disertai dengan air mata, suara tangisan pula agak berlainan daripada tangisan biasa.
2. Tangisan disertai dengan air mata berjuraian. Kadang2 berhenti menangis sekejap then menangis semula dengan kuat.
3. Mata yang pejam semasa menangis akan melahirkan ombak pada kelopak mata, seolah2 kedua2 biji matanya sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan & kiri
4. Menangis dengan suara yang mendayu-dayu & berpanjangan. Mata terpejam seolah2 dalam keadaan tak sedarkan diri
5. Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang2 berkerut, seolah2 ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu
6. Menangis & menjerit dalam keadaan ketakutan & menggigil seolah2 disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Biasanya setelah puas menangis, anak ini akan tidur sebentar, lalu menagis lagi dalam keadaan teresak2 disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.

Oke then, the story begin :)

Actually benda nie jadi dekat my only doter, Naura. About 3 @ 4 minggu lepas selalu sgt menangis & bila tanya "Ami (mommy) ade antu (hantu)". And kadang2 bila tgh main seronok2 tiba2 dtg peluk mommy sambil tunjuk dkt tah mn2 sudut yg takde ape objek pun sebenarnya. Apa yang saya perasaan, perubahan tu bermula lepas kami balik daripada satu lokasi. Saya namakan as XXX.

Hati mula dah rs tak sedap..tapi keep on percaya..takde ape pun..maybe imaginasi budak2. But every night before tido mlm saya bacakan Ayat Kursi & tiup dekat ubun2 Naura. Alhamdulillah, lena dia tido sampai ke pagi. Kadang ade jugak mengigau, ketawa2..sengih2..Saya pun takde fikir sangat or bercerita dengan my mom. Biasa lah budak2 kalau terlajak main kadang2 terbawak2 dalam mimpi.

But nak dijadikan cerita, start minggu lepas..sehari sebelum birthday, Naura dah mula demam panas, normally klu dia demam bila lap ng air asam jawa lepas tu oke..but kali nie tak..mkin lama mkin panas..then saya bagi dia secubit NUTRIFERON yang bertindak as immune booster, biasanya kalau bagi NUTRIFERON..dua tiga jam lepas tu demam dah mula turun, tapi tak turun2 jugak. Sepanjang malam tu saya tidur2 ayam je untuk keep on lap badan dia dengan tuala basah & air asam jawa.

Alhamdulillah, bangun keesokan pagi tu dah sihat sikit, plus boleh jalan2 pegi Tesco beli barang dapur untuk persediaan Hari Raya Haji, tapi badan still dedar & selsema. Yang best tu even dalam keadaan tak sihat boleh jugak celebrate birthday Naura yang ke-2 on 5hb Oktober. Even dia tak bagi commitment nak menjayakan majlis time tu tapi ianya tetap berjalan dengan happening! 


See? Muka pucat je tapi masih larat lagi nak berlari2 dengan kawan2 dia. And..birthday girl sempat jugak berposing kenangan :)


Bila siang sihat & aktif..but once dah lepas Asar bawak ke malam, suhu badan cepat je naik, even saya dah guna ubat jolok punggung tu untuk turunkan suhu, macam nothing happen je..suhu makin naik jugak. Then nafas tercungap2 macam semput, saya and suami bawak ke klinik untuk sedut gas & doctor bagi ubat demam. Ikut kata doc, 'anak awak demam biasa'.

Ingatkan after dah sedut gas bagi cairkan kahak & makan ubat, her condition is getting better lah..but not. Makin teruk pulak especially bila malam. Nangis macam dah nak putus nafas..then senyap..lepas tu nangis lagi teresak-esak. Kami berdua pun naik konfius tak tau nak buat apa. But tak lama lepas tu Naura request nak tido dalam buai. Disebabkan saya dah tak larat, suami dukunglah Naura bawak ke luar bilik & dodoikan dia. Sebenarnya memang sepanjang dia demam, dia suka sangat 'lepak' dalam buai. Sikit2 nak pegi dekat buai..bukan nak tido pun, lebih pada nak 'termenung'.

Ikut apa yang suami cerita pada saya, sepanjang dalam buai tu Naura tak tido pun. Masa tu around pukul 3 pagi. Mata dia keep on pandang syiling macam orang khayal..then tersengih2. Bila ditegur dia mendengus marah. Start dari situ lah kami dah syak ade something yang tak kena dengan Naura. Ditambah pulak badan sampai ke kepala panas berbahang..tapi part kaki sejuk macam ais. Ikut kata orang tua2..tu tandanya ada gangguan makhluk halus. Wallahualam

The day after kami decide bawak pegi berurut & berubat cara kampung. Adalah ayat Al-Quran yang dibacakan & diberi minum air 'penawar'. Ada satu part kat kaki dia yang macam bengkak berbonggol. Maybe lah dijadikan tempat 'benda' tu menumpang. Tapi Alhamdulillah, day to day keadaan Naura makin pulih..so far takde dah meracau2 ke apa. Just now tinggal selesema & batuk je tak hilang lagi.

Hmmm, pengajarannya dekat sini..once dah ade anak tu, tak payah la nak berjalan sakan balik malam-malam or kalau si ayah pegi memancing ke or keluar lepak minum dengan kawan2 ke..make sure kalau balik jangan terus pegang anak, pegi lah pusing2 depan rumah dulu..lepak tengok tv ke..sebab kita tak tau kadang2 benda halus nie mengekor je kita balik..maklumlah 'dia' pun teringin naik kete ade air-cond..sejuk je dia dok kt belakang tu..wuuuuuu! gurau je..hihiksss

Lagi satu, kalau anak demam berpanjangan tu, maybe doctor pun tak boleh buat apa, so berbalik lah pada cara Islam, mana tau kan ade 'something' yang berdamping dengan anak kita. Biasa lah baby, masih suci, jiwa kosong lagi..senang je 'benda2' nie nak mendekat.

Rasa macam panjang sangat dah cerita..hehehehe..so tu je lah..semoga sedikit sebanyak dapat jadi panduan untuk ibu2 dekat luar sana :)

Opss last but not least nak share rawatan bagi atasi gangguan makhluk halus :

1. Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, An-Nas & Al-Falaq, hembus pada ubun-ubun anak sebanyak 3 kali ; atau

2. Bacakan azan di telinga kanan & iqamah di telinga kiri (sekali atau tiga kali( ; atau

3. Baca Ayat Kursi, Al-Fatihah, Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Nas

Happy sharing lovelies, Till then & Assalamualaikum :)






----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : NURUL ASWANA
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Sg Besar, Sekinchan, Tg. Karang, Kuala Selangor
Shaklee ID [ No : 915523 ]
Fon :011-29118686
Facebook : https://www.facebook.com/bidadari.nurul
Email : ladywandaz_3107@yahoo.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 915523 .
Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya
----------------------------------------------------------------------------------------
//script for popup like box

0 comments:

Post a Comment