Monday 15 September 2014

TIPS BANYAKKAN SUSU ♥♥

Assalamualaikum pembaca blog Mummy Naura :)

Today saya nak share dengan awak semua TIPS BANYAKKAN SUSU IBU yang saya sendiri pernah amalkan selama 2 hampir dalam dunia penyusuan :)




Tips 1 : Daun Sireh 
**Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sireh. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.

Tips 2 : Nasi panas, halia muda dan air asam 
**Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.

Tips 3 : Longan kering
**Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (bagi saya kalau nak sedap..campurkan dengan gula merah atau gula batu)

Tips 4 : Lobak Putih
**Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.

Tips 5 : Bunga melur dan daun pucuk manis
**Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.

Tips 6 : Susu 
**Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya ambillah hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari.

Tips 7 : Kacang Tanah
**Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.

Tips 8 : Halba dan jintan hitam
**Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintam hitam dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan mium airnya.

Tips 9 : Daun betik muda

**Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari

(Sumber : Majalah Pa&Ma edisi Februari 2009)


Kalau para ibu semua rajin, cubalah! Usaha Tangga Kejayaan! Tapi kalau tak berapa nak rajin, or nak dapatkan pelbagai manfaat lain, awak boleh try supplement Shaklee untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Klik link for more info ya :)

SET PENYUSUAN SHAKLEE

Happy Breastfeeding Mommies!

----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : NURUL ASWANA
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Sg Besar, Sekinchan, Tg. Karang, Kuala Selangor
Shaklee ID [ No : 915523 ]
Fon :011-29118686
Facebook : https://www.facebook.com/bidadari.nurul
Email : ladywandaz_3107@yahoo.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 915523 .
Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya
----------------------------------------------------------------------------------------
//script for popup like box

0 comments:

Post a Comment