Tuesday 30 September 2014

KEPENTINGAN KOLAGEN UNTUK KESIHATAN & KECANTIKAN

Kolagen adalah merupakan rangkaian molekul yg amat penting dalam tubuh manusia. Ianya menyumbang 75% daripada berat keseluruhan kita yang mana kolagen berfungsi untuk menyambungkan sel dengan sel & ia merupakan bahan utama untuk membina kulit, organ dalaman, serta struktur tulang. Oleh yang demikian, kandungan kolagen yang cukup dalam badan dapat memastikan kulit kita LEMBUT, ANJAL, BERSERI, HALUS & AWET MUDA :)



Mostly now bila bercakap je tentang kolagen..for sure automatik akan imagine KULIT CANTIK betul tak? Kulit yang FLAWLESS, CERAH, BEBAS PARUT dan lain2..ibarat macam kulit baby..siapa kat sini mengidam nak dapatkan kulit yang halus macam kulit baby angkat tangan? hehehe

Untuk pengetahuan awak semua, terdapat 3 bahan penting yang terdapat dalam kulit kita :
  1. Kolagen
  2. Elastin
  3. GAG (Glycos Amino Glycans)
Ketiga-tiga komponen nie amat penting untuk mempunyai kulit yang anjal dan cantik. Terdedah kepada cahaya matahari akan menyebabkan kulit kita cepat rosak. Untuk meminimumkan kesan negatif akibat sinar matahari, kita harus pilih produk kecantikan yang mengandungi SPF (Sun Protective Factor) untuk pastikan kulit kita benar-benar terlindung daripada kerosakan akibat sinaran UV.



But, faktor pemakanan yang seimbang also penting untuk membentuk kolagen baru yang dah rosak. Tapi bagi saya, agak sukar untuk bekalkan tubuh dengan nutrisi yang mencukupi melalui pemakanan seharian. Kadang-kadang datang ilham nak diet..so dah skip lunch or dinner and selalunya bila makan, for sure nak yang bergoreng..sebab tak heaven lah makan yang kukus-kukus nie betul tak? Macam makanan orang sakit je..hehehehe..So, bila makanan bergoreng nie for sure akan kena suhu yang tinggi..so mostly zat-zat makanan dah mati. 

Apa yang saya amalkan now, ambil makanan tambahan (suplemen/vitamin) untuk top-up lompong-lompong nutrisi yang diperlukan tubuh. Salah satunya adalah dengan mengambil suplemen COLLAGEN POWDER SHAKLEE :)

Kenapa Kolagen Penting?

  1. Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga sangat efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.
  2. Memulihkan masalah kulit - Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.
  3. Mencantik dan menyuburkan rambut - Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.
  4. Menegangkan payudara - Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.
  5. Menguatkan tulang - Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca daripada kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.
  6. Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.
  7. Melambatkan proses penuaan kulit - Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan. 
See? banyak kan manfaat KOLAGEN nie pada kesihatan & kecantikan. Once konsisten saya dapat rasa perubahan ketara especially pada kulit..memang fall in love habis! Now tak pandang dah produk atau skincare yang lain. Dengan COLLAGEN POWDER SHAKLEE je dah mampu buatkan kulit saya FLAWLESS & KESIHATAN bertambah baik. Takde dah sakit-sakit pinggang, cepat letih, lesu, rambut mudah gugur, kuku cepat patah dan lain-lain.


My own testimoni with COLLAGEN POWDER SHAKLEE. Good product speaks by itself :) Bila kita memiliki cukup KOLAGEN dalam tubuh, kulit akan memiliki cahaya yang indah & benar-benar melambatkan proses penuaan!

Happy Sharing lovelies..

Til then & Assalamualaikum :)

Link berkaitan : KEISTIMEWAAN COLLAGEN POWDER SHAKLEE

----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : NURUL ASWANA
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Sg Besar, Sekinchan, Tg. Karang, Kuala Selangor
Shaklee ID [ No : 915523 ]
Fon :011-29118686
Facebook : https://www.facebook.com/bidadari.nurul
Email : ladywandaz_3107@yahoo.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 915523 .
Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya
----------------------------------------------------------------------------------------
//script for popup like box

0 comments:

Post a Comment