Tuesday 9 September 2014

SET PENYUSUAN SHAKLEE : JAYAKAN MISI PENYUSUAN SUSU IBU

Assalamualaikum w.b.t




Entry kali nie khusus buat bakal ibu yang sedang hamil, para ibu yang sedang berpantang mahupun awak yang baru merancang untuk memperoleh cahaya mata. Sharing kali nie adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri, seorang ibu menyusu yang telah hampir menjayakan Misi Penyusuan Susu Ibu secara Eksklusif selama 2 tahun :)

Sewaktu hamil lagi saya dah didedahkan tentang manfaat susu ibu especially bagi bayi baru lahir. Antaranya adalah bantu membina antibodi yang kuat untuk elakkan jangkitan penyakit. Alhamdulillah..lahir je baby Naura, saya terus dapat breastfeed sebab time tu lah kolostrum terhasil. Tak tau kolostrum tu macam mana? Warna dia kekuning-kuningan, berbeza dengan susu ibu :)

Apa tu Kolostrum?



Ianya adalah susu pertama  yang dihasilkan sejurus selepas bersalin dan mengandungi banyak immunoglobulin, rantai antimicrobial (lactoferrin dan lactoperoxidase) serta molekul bioaktif lain termasuk faktor pertumbuhan

Kolostrum kaya dengan sel aktif imunisasi (kekebalan) tubuh, antibodi, dan protein yang bersifat sebagai pelindung. Jadi kolostrum memberikan ‘imunisasi pertama’, melindungi terhadap banyak jangkitan terutamanya serangan virus dan bakteria.

Kolostrum mengandungi enzim-enzim pencernaan yang belum mampu dihasilkan oleh tubuh bayi, seperti protease (untuk menguraikan protein), lipase (untuk menguraikan lemak), dan amilase (untuk menguraikan karbohidrat). Kalau awak semua perasan, bayi yang minum susu ibu jarang alami sembelit sebab kolostrum mudah dicerna oleh sistem pencernaan bayi yang memang belum sempurna.


Kolostrum kaya dengan vitamin A dan E yang membantu melindungi mata dan mengurangkan infeksi. Di samping itu, kolostrum juga mengandungi vitamin B6, B12, C, D dan K, dan mineral, utamanya zat besi dan kalsium.
Kolostrum juga mengandungi beberapa zat dalam jumlah yang tinggi seperti natrium, kalium dan kolesterol. Kombinasi zat ini penting untuk perkembangan jantung, otak serta sistem saraf pusat bayi.
So dapat imagine kan betapa besarnya manfaat susu ibu nie untuk si kecil kita? Oleh sebab itu ramai para ibu yang berniat untuk memberi susu ibu sekurang-kurangnya bagi tempoh 6 bulan.

Apa Kaitan Susu Ibu dengan Suplemen??

Hal nie ramai yang ambil mudah sebab katanya 'saya dah makan buah', 'saya tak pernah skip ambil sayur', 'saya makan ayam, ikan, daging..cukup la'. But sedar tak awak semua :

Buah tu confirm ke takde chemical?
Sayur tu awak makan fresh ke or dah ditumis?
Ayam, ikan, daging tu confirm ke takde pengawet or cara masak macam mana? Sure ke semua zat tak hilang?

Sebenarnya, apa yang kita makan belum mencukupi untuk berikan nutrisi yang diperlukan tubuh setiap hari. Sebab tu badan kita cepat penat, letih, lesu, lemah..lepas balik keje mesti terlepek tak larat..otak tak boleh nak berfikir dgn baik, cepat marah, naik angin..betul tak?

Kita nie even belum kahwin pun sangat2 perlukan suplement untuk kekal cergas & bertenaga, nie kan pulak kalau dah kahwin & beranak pinak..lagilah wajib ambil suplemen. Kalau dah ade anak..nak bagi anak tu sihat, perkembangan seimbang, kulit cantik, minda cerdas, si ibu lah yang kena makan makanan berzat tinggi..bukan makan yang dah goreng-gorengan yang zat dia dah mati. If tak ambil suplemen, tunggulah anak 3 ke 4 nanti..mulalah sakit pinggang, sakit lutut, gigi luruh satu persatu. Malu aihhhh umur baru 30-an dah pakai gigi palsu! Lagi malu kalau nampak suami segak bergaya..tapi isteri gigi rongak!

Suplemen yang Sesuai untuk Ibu Menyusu?



Nie adalah suplemen yang sangat-sangat membantu saya menjayakan misi penyusuan eksklusif. Setiap satu daripadanya mempunyai fungsi tersendiri. Jom kita tengok satu persatu mengikut kategori :


1. Set Breastfeeding Asas
– mengandungi Vita-lea, B-Complex, Vita-C dan Alfalfa
– sesuai untuk mereka yang tiada masalah penyusuan tetapi ingin meningkatkan KUALITI susu ibu.

2. Set Breastfeeding Eu-Four Pack
– mengandungi Vita-lea, B-Complex, Vita-C , Alfalfa dan OsteMatrix/ESP
– disyorkan pada mereka yang bekerja, selalu LETIH
– ingin MENAMBAH TENAGA
– dalam masa yang sama ingin meningkatkan KUALITI susu perahan.

3. Set Breastfeeding Optimum (HIGHLY RECOMMENDED)
–  mengandungi Vita-lea, B-Complex, Vita-C , Alfalfa, OsteMatrix dan ESP
– set penyusuan lengkap dengan semua vitamin, protein yang diperlukan
– sangat disarankan pada yang MEMPUNYAI masalah penyusuan.
– MENGGALAKKAN penghasilan susu
– menghasilkan SUSU BERKUALITI

Fungsi Setiap Vitamin 
  • Vita-Lea- Multivitamin lengkap dengan zat besi. Mengikut kajian setelah bayi berusia 6 bulan, kandungan zat besi dalam susu ibu menurun. Pengambilan Vita-Lea dapat membantu mengekalkan kandungan zat besi yang diperlukan.
  • B-Complex- bertindak sebagai penenang. Ia menghilangkan stress dan menjadikan ibu lebih relax sekaligus melancarkan pengaliran susu
  • Vita-C – meningkatkan imunisasi ibu. Bayi yang minum susu ibu juga mendapat manfaat imunisasi dan meningkatkan antibodi anak. Luka lepas bersalin juga cepat sembuh
  • Alfalfa – penggalak susu utama. Menjadikan susu lebih creamy sebab kandungan lemaknya dan menjadikan bayi cepat kenyang. Ibu juga mudah lawas dan bayi tak kembung perut
  • OsteMatrix – sumber kalsium magnesium. Mengekalkan paras kalsium dalam darah  dan mengelakkan susu merudum semasa period. Memberi rasa segar berpanjangan & bantu kekalkan tenaga
  • ESP – protein soya terbaik dalam bentuk serbuk. Melancarkan pengaliran susu. Mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Bayi juga membesar mengikut kadar tumbesaran yang memberangsangkan.

So, kena identify ibu semua dekat kategori yang mana? Kalau macam saya, dah tentu SET BREASTFEEDING OPTIMUM sebab khasiatnya yang lebih compared to the others. Tujuan asal nak banyakkan susu & dapatkan susu berkualiti je..but lepas tu ramai yang inform :

**nampak lebih bertenaga
**kulit berseri
**maintain slim
**parut jerawat makin pudar

Wahhh! multi-function gituu! I like very much! hehehe..tak payah dah susah2 nak spend duit lagi untuk skincare. If awak seorang ibu or bakal ibu, please jangan abaikan pengambilan suplemen. Bukan untuk siapa pun..untuk kebaikan dr sendiri & anak kita jugak..betul x? And sekiranya awak merupakan seorang ibu yang sedang menyusukan, saya doakan kerahmatan untuk awak, semoga sentiasa sihat supaya dapat berikan bayi awak susu ibu demi untuk tumbesarannya yang sihat :)

Untuk sebarang pertanyaan ataupun KONSULTASI PERCUMA, do contact me ya :) or if awak nak buat pembelian terus ke muka pintu, boleh klik link 'BELI SEKARANG'. After pembelian jgn lupa inform saya untuk saya berikan tips & after sales service terbaik :)




NURUL ASWANA
SMS/WHATSAPP : 011-29118686
FB : RAZWANA RAZIF
mummynaura.blogspot.com
Sekinchan, Sungai Besar, Kuala Selangor & kawasan berhampiran

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::



//script for popup like box

0 comments:

Post a Comment