Wednesday 10 September 2014

KULIT BERSERI DAN ANJAL DENGAN ESP SHAKLEE ♥♥

Kali nie saya nak share dengan awak semua tentang my first supplement dengan Shaklee which is ESP (Energizing Soy Protein). ESP nie saya amalkan sepanjang saya pregnantkan Naura until now. Kalau nak dikira..almost 3 years dah. Lama tuu..bukan senang saya nak loyal dengan satu-satu product especially ESP nie jenis serbuk..nak kena bancuh dengan air baru boleh minum. Kalau jenis yang malas, memang tak terminum..hehehe




But apa yang saya perasan, once saya konsisten ESP nie time preggy..badan memang segar, tak cepat letih & lesu. Even balik kerja pun still boleh memasak, mengemas & cuci pakaian. Pernah satu masa tu, ESP saya kehabisan stok seminggu, bila tak minum..badan rasa lemah je maybe sebab time preggy saya kurang selera makan, so nak top up nutrisi yang diperlukan badan..saya just depend pada ESP untuk beri saya tenaga. 

And apa yang best tu sepanjang saya preggy..rekod buku pink saya memang cantik je..
**Hb maintain 12 above
**takde masalah kencing manis & darah tinggi
**berat badan ideal, tak terlalu gemuk or kurus

Paling happy time tu memang tak payah minum air gula! Tengok je kawan-kawan minum dgn perasaan mual..sebab katanya air gula tu over 'sedap'? Hmmm..tak taulah..but now rasanya setiap klinik dah wajibkan ibu preggy minum air gula..betul ke? Oh no! Masanya akan tiba juga nanti *wink

Lagi satu, masalah yang dihadapi semua ibu pregnant iaitu SEMBELIT memang tak menghantui saya. Kalau dulu masa zaman belum kawen, nak membuang 3 hari sekali pun payah..and if membuang tu keluar darah sekali memang dah biasa sgt..peritnya rasa macam nak pitam. Hampir jugak la nak kena buasir

Tapi after konsisten ESP, sistem pembuangan saya lancar je..everyday memang wajib pegi toilet..hehhe. Then apa yang saya perasan lagi, ESP nie bukan sahaja beri manfaat positif sepanjang tempoh kehamilan saya, tapi juga saya dapat pakej lain!
**ramai tegur JERAWAT saya makin kurang
**PARUT JERAWAT pudar
**KULIT lebih BERSERI
**Kekal LANGSING even lepas deliver
**SUSU MERIAH (bila berjaya fully breastfeed, Naura tak kena jaundice, Alhamdulillah)

Untuk pengetahuan awak semua, ESP nie merupakan PROTEIN berasaskan kacang soya yang mana kalau kita tau, protein nie merupakan bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam tubuh kita serta komponen utama kepada hormon manusia. 

Protein adalah sangat penting untuk perkembangan setiap sel dalam tubuh. So, untuk make sure sel sihat, kena lah bagi sel-sel tubuh kita dengan makanan yang sihat. Selain itu, protein juga meransang fungsi psikologi yang mana jikalau tubuh kita KEKURANGAN PROTEIN akan menyebabkan :

- Sistem imun yang lemah untuk melawan penyakit
- Masalah lebihan air yang tinggi dalam badan
- Kehilangan kepejalan otot
- Perubahan warna rambut 
- Bantut pertumbuhan
- Masalah penghadaman 
- Masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada      kegagalan fungsi organ dan boleh membawa kepada kematian. 


APA YANG BEST TENTANG ESP SHAKLEE
  1. Sumber "Protin Lengkap" dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.
  2. Berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan rendah kolestrol.
  3. Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yang aktif.
  4. Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim serta hormon dengan sempurna.
  5. Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
  6. Kandungan lemak dalam ESP sangat minimum iaitu 1 gram dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.
  7. Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga
  8. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet.

KELEBIHAN ESP
  • Menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri.
  • Dapat membantu hilangkan parut jerawat.
  • Memberi tenaga berpanjangan serta menjadikan badan semakin sihat dan kurang keletihan.
  • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
  • Memberi rasa kenyang yang lama sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan,
  • Menyokong kesihatan imunisasi badan.
  • Mengawal paras kolestrol.
  • Menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik.

KESIMPULANNYA

Jangan abaikan pengambilan protein dalam diet seharian especially kalau yang tengah preggy tu. Sebab most of wanita hamil nie kadang-kadang kurang selera makan, kerap muntah akibat perubahan hormon, so dari mana nak bekalkan nutrisi yang cukup untuk keperluan diri sendiri and janin dalam kandungan betul tak? Protein nie sangat-sangat penting bagi membantu tumbesaran janin. Maksudnya, kalau kurang sumber protein, macam mana kandungan kita nak membesar dengan sihat?  

ESP nie also bantu membentuk sel-sel badan yang sihat. Sel yang sihat akan dapat menyerap nutrien dari vitamin lain yang kita makan dengan lebih baik. Sekiranya sel kita tak sihat, vitamin akan ambil masa lebih lama untuk diserap dengan efektif dalam badan, so kesannya lambat baru kita boleh nampak.

Happy sharing lovelies. Till then & Assalamualaikum :)




NURUL ASWANA
SMS/WHATSAPP : 011-29118686
FB : RAZWANA RAZIF
mummynaura.blogspot.com
Sekinchan, Sungai Besar, Kuala Selangor & kawasan berhampiran

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::





//script for popup like box

2 comments:

  1. produk yg berbaloi dgn nilai wang ....dulu mase bf baby lieya pun consume shaklee...

    ReplyDelete