Monday 7 July 2014

TRY TO CONCEIVE WITH SET KESUBURAN SHAKLEE??

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya menginginkan zuriat sendiri buat penyambung generasi. Akan tetapi tak semua orang bernasib baik dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat. Ada yang terpaksa menunggu bertahun-tahun sebelum diberikan rezeki anak darah daging sendiri. Tak kurang juga buat pasangan yang akhirnya end up dengan mengambil anak angkat.

Tapi pujian harus diberikan buat pasangan yang berusaha tanpa jemu di samping berdoa kepada Allah agar dikurniakan zuriat pengikat kasih sayang suami isteri. Antara usaha yang boleh dilakukan adalah dengan mengambilkira pemakanan harian & pengambilan makanan tambahan (suplemen).


Kehadiran Zuriat ditunggu dalam setiap perkahwinan

Berdasarkan pada rekod saya, kebanyakan pasangan yang akan mahupun baru berkahwin telah mengamalkan pengambilan suplemen bagi meningkatkan tahap kesuburan masing2..Suka untuk saya kongsikan dengan awak semua apakah suplemen yang sesuai untuk meningkatkan tahap kesuburan suami isteri. Mungkin awak boleh jadikan rujukan di kemudian hari :)

Actually, terdapat 4 jenis suplemen yang membantu untuk tingkatkan tahap kesihatan tubuh badan kita. Dalam Shaklee ianya dipanggil FAMILY WELLNESS SET yang mana ianya adalah merupakan vitamin asas, tunjang kepada kesihatan dalaman kita. 4 jenis suplemen tersebut adalah :

1. Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

2. Vita-Lea
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.

3. Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dgn ovum.

4. B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

Gabungan Set Family Wellness & Set Kesuburan

Then, lepas tu awak semua bolehlah add on VITAMIN KESUBURAN. But depend pada budget awak semua ya? Vitamin Kesuburan consist of :

5. Vitamin E & Selenium
Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

6. Zinc Complex
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

7. Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

8. GLA Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

But..perlu diingat keh? Vitamin nie adalah sekadar salah satu ikhtiar untuk peroleh zuriat. Selain berdoa, perlulah disertai dengan usaha..betul tak? Bukan ke Allah pun suka kalau kita usaha rather than duduk & hanya berserah..

Jikalau awak atau kawan2 sekeliling ade masalah berkaitan kesuburan mahupun try to conceive dalam masa terdekat nie, saya amatlah berharap agar ilmu yang awak semua dapat daripada blog nie di manfaatkan bersama :)

Semoga info yang saya berikan nie bermanfaat untuk pasangan yang sedang berikhtiar untuk mendapatkan zuriat. 

Sekiranya awak berminat untuk berikhtiar dengan suplemen yang saya nyatakan di atas..bolehlah klik link ORDER NOW utk terus melakukan pembelian & jika inginkan harga ISTIMEWA..bolehlah menghubungi saya ya :) But jangan risau..anda akan dapatkan KONSULTASI EKSKLUSIF dari saya eventhough awak melakukan pembelian terus dari Shaklee..just perlu sms/whatsapp saya setelah pembelian di lakukan 

Assalamualaikum & have a nice day lovelies :)


NURUL ASWANA
SMS/WHATSAPP : 011-29118686
FB : RAZWANA RAZIF
mummynaura.blogspot.com
Sekinchan, Sungai Besar, Kuala Selangor & kawasan berhampiran

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::




//script for popup like box

0 comments:

Post a Comment